WhatsApp-Image-2023-12-10-at-17.09.35

Kuala Lumpur –  Filem aksi superhero Malaysia yang paling dinanti-nantikan, ‘Keluang Man’, kini bersedia menggegarkan pawagam seluruh negara bermula 29 Mei 2025! Diterbitkan oleh Astro Shaw, Keluang Man menandakan permulaan bagi Astro Shaw Cinematic Universe. Hari ini, treler rasmi telah dilancarkan, diikuti dengan pelancaran poster rasmi serta pengumuman kempen inisiatif strategik yang komprehensif yang direka untuk pengalaman penonton dan memperkukuhkan kehadiran filem ini di pawagam. Langkah berani ini menyaksikan Keluang Man membawa pengalaman superhero Malaysia melangkaui layar perak dan seterusnya mengukuhkan lagi potensi filem ini untuk melakar fenomena tersendiri dalam budaya pop tempatan.

Menerusi treler rasmi yang dilancarkan, filem ‘live-action’ ini memperkenalkan dunia Keluang Man yang lebih moden, penuh aksi mendebarkan dan visual sinematik berkualiti tinggi. Treler ini bukan sahaja mencetus keterujaan luar biasa di kalangan peminat setia, malah turut menarik perhatian generasi baharu, sekali gus membuktikan bahawa Malaysia mampu menghasilkan filem adiwira setanding produksi antarabangsa.

Menurut Penerbit Eksekutif Keluang Man merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “Kami telah mengumumkan penghasilan filem Keluang Man sejak tiga tahun lalu, dan sepanjang tempoh itu, pelbagai usaha berterusan dijayakan. Antaranya, kerjasama strategik bersama Kopi Wonda, kemunculan pertama Keluang Man bersama sutnya pada acara Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67, serta mural gergasi Keluang Man yang diabadikan di Kluang, Johor. 

Keluang Man bukan sekadar sebuah filem, tetapi menyaksikan permulaan bagi Astro Shaw Cinematic Universe yang penuh dengan pengalaman segar. Kami teruja untuk memperkenalkan superhero ikonik Malaysia ini dengan cara yang memberi impak merentasi di pelbagai platform. Istimewanya, filem ini telah menarik minat pelbagai jenama besar produk tempatan untuk turut serta menjayakan inisiatif pemasaran. Ia bukan sahaja mencerminkan sokongan yang tinggi terhadap kandungan tempatan, malah membuktikan potensi besar kandungan kreatif Malaysia sebagai platform berimpak tinggi yang merancakkan ekosistem di antara industri hiburan dan sektor komersial. Astro Shaw berterima kasih kepada semua rakan kerjasama atas komitmen dan kepercayaan buat filem ini.

Hari ini, kami mahu meraikan superhero original Malaysia dan memperkenalkan legasinya kepada generasi baru. Dengan penuh rasa bangga, kami mempersembahkan treler rasmi dan diharapkan dapat menyuntik lagi keterujaan penonton. Filem Keluang Man sudah bersedia untuk memeriahkan pawagam, jadi nantikan kemunculannya pada 29 Mei ini.”

“Sebagai rakan kongsi yang berbangga melalui rangkaian pengedaran Etika, kami amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan epik Keluang Man ke layar perak,” kata Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran di Etika Sdn Bhd.

“Kerjasama ini menandakan satu pencapaian bermakna bagi kami antara dua jenama ikonik, Kopi Wonda dan Keluang Man, bukan sekadar dari sudut penjenamaan, tetapi juga dalam menyokong kecemerlangan kreatif tempatan. Keluang Man adalah ikon sejati Malaysia, dan kami melihat inisiatif ini sebagai satu cara berkesan untuk menyatupadukan masyarakat melalui nostalgia bersama, kebanggaan tempatan, dan penceritaan yang merentas generasi.”

“Daripada pelancaran Wonda Kopi Kluang yang bertema Kluang hingga Burger ‘Wonda‑ful’ Keluang Man dan aktivasi pemasaran bertaraf kebangsaan, setiap inisiatif telah direka dengan teliti untuk mencipta pengalaman yang menyeronokkan dan imersif bagi pengguna. Kami percaya dalam membina hubungan emosi yang lebih mendalam menerusi kempen yang berpaksikan budaya, Keluang Man menawarkan kanvas sempurna untuk tujuan tersebut. Kami tidak sabar menyaksikan peminat meraikan legenda tempatan ini dengan cara yang berani, bermakna, dan benar‑benar beridentitikan Malaysia.”

Pelbagai kolaborasi kreatif telah dirancang untuk menyemarakkan lagi tayangan Keluang Man di pawagam  termasuk:

‘Wonda Kopi Kluang’

Wonda Kopi Kluang diperkaya dengan rasa kopi tempatan bersama Tongkat Ali, kopi ini melambangkan kekuatan superhero Malaysia dan mendorong peminat kopi menemui semangat wira dalam diri mereka. Wonda Kopi Kluang ini tampil dengan pek edisi terhad yang dihiasi dengan lima watak ikonik dari dunia Keluang Man, seperti Keluang Man, Ahmad, Shamsir, Dr. Malini, dan BeBe. Pek edisi terhad ini boleh didapati di kedai terpilih seperti 7-Eleven, myNEWS, Shell, Petronas, Family mart, ST Rosyam Mart dan Etika Kedai Rasmi. 

Menerusi pek edisi terhad ini juga memberi peluang kepada peminat untuk mendapatkan barangan eksklusif Keluang Man seperti figura mini karakter utama, payung edisi khas, komik edisi terhad dan rantai kunci yang boleh didapati di kedai terpilih seperti: 

Petronas (Payung Keluang Man): Beli mana-mana Wonda 240ml sebanyak RM30. Promosi dari sekarang hingga 30 Jun. 

7Eleven (rantai kunci) / myNEWS (komik): Beli mana-mana Wonda 240ml sebanyak RM10 

Shell (figura aksi): Beli mana-mana Wonda 240ml sebanyak RM15. 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading