05714796-5795-46a4-ada8-8aa6152f9f18

Kuala Lumpur – Dalam melipat gandakan usaha dan menyahut seruan kerajaan untuk menjadi peneraju serantau dalam kecerdasan buatan (AI), Kesatuan Organisasi Nasional Saudagar Intelek SeMalaysia (KONSIM) bakal mempelopori satu aplikasi jualan bercirikan teknologi terkini itu.

Pelancaran aplikasi e-dagang inovatif “Kongsi Apps” ini yang dibangunkan khusus untuk memperluaskan peluang perniagaan dalam kalangan usahawan di seluruh ASEAN.

Pengerusi SAUDAGAR, Dato’ Is. (Dr.) Abdul Aziz bin Abdul Majid berkata, aplikasi itu sedang dibangunkan dan bakal dilancarkan dalam tempoh enam bulan lagi.

“Aplikasi ini akan dilancarkan dan digunakan bagi di seluruh Asean antaranya Indonesia, Singapura, Jepun, Thailand, Filipina, Brunei, Vietnam dan banyak lagi.

“Ia merupakan satu aplikasi yang menghimpunkan ramai usahawan seluruh negara dengan lebih 3 juta pengguna sekali gus mampu meningkatkan ekonomi serantau di samping memajukan lanskap perniagaan bersama” katanya dalam sidang media di WTC, pada ahad.

Tambahnya, aplikasi itu juga bercirikan AI dan dilengkapi teknologi seakan Chatgpt bagi memudahkan pengguna menggunakannya.

Beliau yang ditemui pada majlis malam AI-RED GALA yang menghimpunkan tokoh-tokoh usahawan, pemimpin industri dan pertubuhan dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Hong Kong, Macau, Taiwan dan Jepun. Turut hadir adalah wakil rasmi dari Kedutaan Besar Jepun di Malaysia.

“Majlis yang diadakan ini juga merupakan simbol kepada semangat kebersamaan dan kerjasama pelbagai negara yang semakin utuh dalam era digital” ujarnya lagi.

Satu memorandum Persefahaman (MoA) turut dimeterai bersama rakan strategik dalam bidang perdagangan digital dan transformasi teknologi untuk memperkukuhkan lagi jaringan rentas sempadan antara sektor swasta dan organisasi pembangunan ekonomi ASEAN.

“MoA ini merupakan sebagai asas penubuhan Majlis Perundingan ASEAN dan penanda aras menjadi perintis kepada pelaksanaan Blueprint e-Niaga Saudagar serantau.

“Ia juga memupuk landskap ekonomi yang lebih mampan, berdaya saing selaras dengan aliran dan cabaran ekonomi global semasa” tambahnya.

Sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang memelopori perubahan, KONSIM berpegang kepada prinsip bahawa kemajuan ekonomi harus dikongsi secara inklusif. AI-RED GALA menjadi bukti nyata bahawa perpaduan usahawan dan teknologi mampu membina jambatan masa depan yang lebih progresif.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading