WhatsApp Image 2026-05-21 at 16.19.42

KUALA LUMPUR – Dunia kecantikan tempatan terus berkembang dengan kemunculan pelbagai jenama yang mengetengahkan inovasi serta keperluan pengguna moden. Antara yang semakin mendapat perhatian ialah Bartech Beautee yang tampil dengan pendekatan tersendiri dalam membantu wanita menjaga kecantikan dan keyakinan diri.

Jenama tersebut dilihat semakin aktif memperkenalkan produk kecantikan yang menepati citarasa pengguna masa kini, khususnya golongan wanita yang mahukan penjagaan diri secara lebih praktikal, selamat dan berkualiti.

Pengasas dan Pengarah Bartech Empire, Nurul Adlinna Mohammad Bakri, 39 berkata selain memberi fokus terhadap kecantikan luaran, Bartech Beautee turut menekankan aspek keyakinan diri dan gaya hidup sihat menerusi rangkaian produk yang dihasilkan mengikut trend serta permintaan semasa pengguna.

“Setiap produk yang diperkenalkan telah melalui proses penyelidikan dan pemilihan bahan secara teliti bagi memastikan ia sesuai digunakan oleh pelbagai lapisan pengguna.

“Wanita hari ini bukan sahaja mencari produk kecantikan yang berkesan, tetapi juga mahu jenama yang memahami keperluan gaya hidup mereka.

“Kami mahu tampil sebagai jenama yang dekat dengan pengguna serta memberi pengalaman penjagaan diri yang lebih menyenangkan,” katanya.

Dalam masa sama, jenama itu juga dilihat aktif memperkukuhkan pengaruh di platform digital dan media sosial bagi mendekati lebih ramai pengguna, terutama generasi muda yang semakin peka terhadap penjagaan diri dan penampilan.

Pendekatan pemasaran moden serta sokongan komuniti pengguna yang semakin berkembang menjadikan Bartech Beautee antara jenama tempatan yang berpotensi untuk terus berkembang dalam industri kecantikan negara.

Dengan persaingan industri kecantikan yang semakin kompetitif, Bartech Beautee optimis untuk terus memperkenalkan lebih banyak inovasi produk pada masa akan datang sekali gus memperluaskan jenamanya ke pasaran yang lebih besar.

Beliau yang berkongsi mendapat inspirasi menghasilkan produk kecantikan tersebut tercetus selepas anak sulungnya berdepan pengalaman pahit di sekolah baharu selepas mereka berpindah dari Kajang ke Rawang. Kata-kata rakan yang mempersoalkan warna kulit anaknya menyebabkan remaja itu berubah menjadi pendiam dan rasa rendah diri.

Keadaan itu membuatkan anaknya mula mencari pelbagai produk kecantikan di media sosial demi mendapatkan kulit yang lebih cerah. Risau melihat perubahan emosi anak, Adlinna mengambil inisiatif bekerjasama dengan seorang ahli kimia bagi menghasilkan formulasi produk yang lebih selamat dan sesuai digunakan. Selepas diuji sendiri, produk tersebut diberikan kepada anaknya sebelum mula mendapat perhatian pelajar dan guru di sekolah.

Jenama Bartech Beautee yang dilancarkan secara rasmi pada tahun 2023 pantas mencuri perhatian pengguna, khususnya di platform TikTok.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bartech Empire, Shaharuddin Karim, 44 berkongsi Bartech Beautee bakal memperkenalkan aplikasi sistem Bartech to AI yang memudahkan pengguna mengimbas kulit wajah secara online melalui laman web mereka.

“Sistem AI ini membantu para pelanggan mengimbas kulit tanpa perlu pergi ke pusat kecantikan.

“Selain menjimatkan masa dan kos, sistem ini juga lebih fleksibel dan efektif bagi membantu pelanggan untuk terus mendapatkan produk kami” ujarnya lagi.

Tambahnya, Bartch Beautee juga bakal menembusi pasaran Indonesia dan bakal menerima pengiktirafan sijil halal JAKIM.

Selain berjaya mengembangkan syarikat, Bartech Beautee turut menerima pengiktirafan dalam Anugerah Bumiputera Bestbrands 2026 kategori Consumer Cosmetics dan Anugerah The BrandLaureate Bumiputera Brandleadership Award Beauty & Cosmetics 2026.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading