9df79d96-8f61-47f0-a5e7-4544c243b63a

Cyberjaya – Pembekal dan pengilang fesyen, Qyriz Manufacturing bersama empat pihak lain antaranya, pereka fesyen, Anas Abdullah, selebriti Aleeza Kassim, Datin Sri Ezzan dan Malaysia Book of Record (MBOR) mengambil tindakan saman keatas pengasas satu jenama tempatan baru-baru ini.

Menurut pengasas Qyriz, Dr. Ridzuan Noor, tindakan saman ini diambil apabila pihak pengasas jenama tersebut tidak menjelaskan bayaran bagi majlis pelancaran dan pertunjukan fesyen yang telah berlangsung pada 19 Januari lalu.

“Pengasas jenama ini tidak menyelesaikan bayaran banyak pihak yang terlibat antaranya, pereka fesyen dan konsultan Anas Abdullah, bayaran kepada model kami Aleeza Kassim dan model-model lain, jurumekap serta Malaysia Book of Record juga.

“Anas menggunakan pengaruhnya untuk menjayakan majlis tersebut yang dihadiri para kenamaan, VVIP dan tetamu lain, majlis itu juga berlangsung dengan sukses dan pihak kami juga tidak menerima sebarang komplen dari mana-mana pihak” katanya dalam sidang media di pejabatnya pada selasa.

Pereka fesyen, Anas Abdullah menjelaskan, pihak pengasas tersebut telahpun dihubungi beberapa kali sebelum ini bagi bertanyakan mengenai isu bayaran namun tiada sebarang respon positif diberikan.

“Saya sebagai pereka fesyen bagi jenama ini juga telah membawa model ternama, Aleeza Kassim dan model-model lain, malah menggunakan pengarauh saya untuk menjemput para VVIP.

“Dari segi bayaran deposit, pihak sana ada membuat bayaran pada sesetengah item sahaja dan selebihnya tidak menyelesaikannya, namun majlis harus tetap berjalan memandangkan jemputan dan persiapan telah dibuat.

“Namun, selepas majlis selesai, saya ada bertanya kepada beliau bilakah baki bayaran akan diselesaikan namun tiada jawapan yang meyakinkan dan dalam masa sama saya perlu menjelaskan bayaran kepada para modeling yang bertugas” ujarnya.

Ujarnya lagi, perkara yang berlaku ini sedikit sebanyak mencalarkan reputasi dan kepercayaanya.

Sementara itu, Aleeza Kassim ketika ditemui menyatakan rasa kecewanya kerana bayaran yang dijanjikan tidak diterima hampir lima bulan.

“Selama 30 tahun saya jadi model, saya ada koleksi gambar dengan pereka fesyen tempatan yang mencecah puluhan ribu. Saya juga pernah memakai ratusan busana untuk sesi fotografi sampai tak muat nak simpan di rumah. Tapi inilah kali pertama saya langsung tidak dibayar.

“Saya pakai lebih 100 helai pakaian mereka untuk sesi fotografi dalam masa dua hari dan itu sangat memenatkan, bukan semua model mampu lakukan. Tapi sebab minat terhadap fesyen, saya buat dengan ikhlas. Malangnya, akhirnya penganjur pula menimbulkan masalah kepada kami,” katanya kepada media.

Menurut peguam, Vigines Shankar, satu surat tuntutan (Letter of Demand) telah dihantar kepada pihak pengasas jenama tersebut bertarikh 21 Mac yang lepas dan pihaknya telah menerima surat balasan namun pihak jenama tersebut masih enggan membuat pembayaran.

Jelasnya, tindakan saman undang-undang (legal suit) akan diteruskan selepas ini di mahkamah.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading