3128565

Kuala Lumpur – Pelakon, Elisya Sandha berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata kedua semalam.

Memanjatkan rasa syukur dengan kelahiran bayi lelaki, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan, 26, tidak menunggu lama untuk berkongsi nama ‘hero’ kecilnya itu.

“Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang. Syukur Alhamdulillah, Masya-Allah Tabarakallah.

“Assalamualaikum, anakku. Bahtera Elhaq Bin Uzair Haqimy,” tulisnya dalam hantaran terbaharu di Instagram.

Biarpun tidak mendedahkan wajah penuh anak lelakinya, Elisya bagaimanapun sempat merakamkan detik istimewa saat anaknya berada dalam dakapan.

Dalam masa sama, suami Elisya iaitu Uzair Haqimy dalam perkongsian di Instagram memaklumkan Elisya berada dalam keadaan baik.

“Alhamdullilah ya Allah. Terima kasih kepada yang mendoakan.

“Terima kasih buat isteriku. Sekali lagi awak berjaya buat saya kagum dengan kekuatan awak,” katanya.

Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021.

Mereka dikurniakan anak perempuan iaitu Bunga Elhaq yang kini berusia tiga tahun.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading