71707823111_WhatsApp


WHATSAPP kini menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna menjana gambar profil dan ikon kumpulan (group) berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang kini tersedia kepada sebilangan pengguna beta.

Ciri ini membolehkan pengguna menghasilkan imej dengan hanya memasukkan penerangan atau prompt tertentu yang boleh menggambarkan imej yang mereka inginkan.

Berbeza dengan pilihan gambar profil biasa, ciri berkenaan tidak memerlukan gambar sedia ada sebaliknya ia menjana imej khas berdasarkan keterangan prompt yang diberikan oleh pengguna.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu membuka tetapan aplikasi, dan memilih Create AI Image yang membolehkan mereka mencipta ilustrasi unik tanpa menggunakan gambar sebenar.

Bagi mencipta ikon kumpulan pula, pengguna perlu membuka halaman maklumat kumpulan, pilih ubah ikon kumpulan, dan masukkan penerangan tema atau konsep yang diinginkan.

Sistem Meta AI akan menjana imej khas berdasarkan penerangan tersebut.

Buat masa ini, ia hanya tersedia dalam kalangan pengguna beta iOS dengan versi WhatsApp terkini. Ia dijangka tiba secara berperingkat kepada lebih ramai pengguna dalam masa akan datang.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading