ktm

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memberikan diskaun tambang perjalanan kepada para penumpang KTM Komuter Lembah Klang sebanyak 50 peratus untuk semua jenis tiket termasuk kategori konsesi selama dua hari bermula 3 Jun hingga 4 Jun Jun 2025.

Ia susulan kelewatan operasi tren susulan kerja-kerja menaik taraf sistem semboyan yang sedang dilaksanakan di antara Stesen Kepong hingga Stesen Salak Selatan yang telah bermula pada 30 Mei.

Kerja-kerja naik taraf sistem semboyan ini dijangka siap sepenuhnya pada 2 Jun 2025.

Ia adalah sebahagian daripada kerja-kerja naik taraf di bawah projek Kereta Api Berkembar Elektrik Lembah Klang 1 (KVDT 1) untuk memastikan sistem semboyan yang lebih cekap, selamat dan mampu menyokong operasi tren penumpang yang semakin meningkat di Lembah Klang.

Ketika ini, perkhidmatan tren yang mengalami kelewatan adalah seperti berikut:

Perkhidmatan ETS

a) Kesemua perkhidmatan ETS laluan KL Sentral – Butterworth, KL Sentral – Padang Besar, Segamat – Padang Besar, Segamat – Butterworth mengalami kelewatan melebihi 120 minit.

KTM Komuter Lembah Klang

a) Laluan Pulau Sebang – Batu Caves – Pulau Sebang; b) Laluan Tanjung Malim – KL Sentral – Tanjung Malim;

Penumpang disarankan agar merancang perjalanan lebih awal sepanjang tempoh kerja-kerja naik taraf ini serta sentiasa menyemak jadual terkini melalui aplikasi KTMB Mobile dan laman sesawang MyRailtime dan mengikuti perkembangan semasa melalui saluran media sosial rasmi KTMB.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading