000_36x82rt

WASHINGTON – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran mengenai peningkatan jangkitan COVID-19 yang dikaitkan dengan kemunculan varian baharu, NB.1.8.1, yang kini sedang disiasat, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Walaupun organisasi itu mengesahkan yang varian baharu ini tidak menimbulkan risiko kesihatan yang lebih besar berbanding varian terdahulu, WHO menegaskan yang evolusi berterusan virus ini boleh mencetuskan gelombang jangkitan yang baharu.

Menurut WHO, peningkatan semasa selari dengan corak bermusim virus dan menekankan keperluan untuk kemasukan ke hospital atau unit rawatan rapi masih rendah berikutan tahap imuniti komuniti yang meluas serta liputan vaksinasi yang tinggi.

Badan kesihatan global itu mengklasifikasikan tahap risiko global secara keseluruhan sebagai “tinggi”, dan menggesa setiap negara memperkukuh pemantauan kesihatan, mengintegrasikan COVID-19 ke dalam strategi penyakit pernafasan bermusim, membanteras maklumat palsu dan menggalakkan individu untuk terus mematuhi langkah pencegahan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading