Kuala Lumpur – BAND rock terkenal, My Chemical Romance mengumumkan bakal mengadakan konsert jelajah serantau pada tahun hadapan.
Perkara tersebut diumumkan menerusi satu hantaran rasmi di akaun Instagram mereka pada Isnin.
Lebih menggembirakan, Malaysia turut dipilih sebagai salah satu lokasi jelajah, di mana konsert dijadualkan berlangsung pada 30 April 2026 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Selain Malaysia, negara lain yang turut terpilih dalam siri jelajah tersebut adalah Korea Selatan, Thailand, Singapura dan Indonesia.
My Chemical Romance yang dianggotai oleh Gerard Way (vokalis utama), Mikey Way (Bassist), Ray Toro (Gitar Utama), Frank Lero (Gitar ritma) popular dengan lagu-lagu seperti Welcome to the Black Parade, Helena dan I’m Not Okay (I Promise).
Menjengah ke ruangan komen rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan sudah tidak sabar menantikan kehadiran band itu ke Malaysia.
