Bayangkan bangun pagi sambil mendengar bunyi ombak perlahan, angin laut yang sejuk menyapa wajah, dan pemandangan Laut China Selatan terbentang luas di depan mata. Itulah pengalaman yang menanti di Berjaya Tioman Resort, sebuah resort yang telah menjadi pilihan percutian tropika sejak tahun 1985 dan tahun ini, ia meraikan ulang tahunnya yang ke-40!
Terletak di Kampung Tekek, Pulau Tioman, resort ini bukan sekadar tempat menginap. Ia adalah gabungan antara keindahan semula jadi, budaya tempatan dan kemewahan yang tidak berlebihan. Selama empat dekad, Berjaya Tioman Resort telah menerima pelancong dari seluruh dunia yang datang mencari ketenangan, keindahan semula jadi, dan suasana pulau yang memukau.

Apa Yang Menjadikan Resort Ini Istimewa?
Lokasi resort ini terletak di antara pantai berpasir putih dan hutan hujan tropika. Tetamu boleh terus berjalan kaki ke laut atau mendaki ke dalam hutan untuk melihat flora dan fauna tempatan.
Reka bentuk Chalet dan vila dibina dalam gaya tradisional Melayu yang mencipta suasana kampung nyaman tetapi masih dilengkapi dengan kemudahan moden.


Pelbagai aktiviti boleh dilakukan sama ada anda mahu bermain golf di padang 18 lubang, menyelam melihat terumbu karang, berbasikal keliling kampung atau sekadar bersantai di spa. Semuanya ada di sini.


Bukan itu sahaja, kolam renang yang luas memberi peluang pelancong bersantai bersama keluarga disamping hidangan pelbagai makanan yang menyelerakan disediakan di kafe.
Pelancong juga boleh berbaring di pasir pantai pada waktu malam sambil melihat bintang di langit dan mendengar bunyi ombak.
Bukan itu sahaja, pertunjukan api disediakan sambil menikmati hidangan berbeku menjadikan malam anda terisi dengan indah.


40 Tahun dan Semakin Lestari
Menariknya, ulang tahun ke 40 ini diraikan dengan cara yang berbeza bukan dengan kemeriahan besar-besaran, tetapi dengan penekanan pada pemuliharaan alam sekitar dan komuniti tempatan.
Antara usaha resort ini ternyata mampu memelihara da n memulihara alam sekitar disamping menggerakkan inisiatif amalan hijau dengan mengamalkan usaha tidak menggunakan plastik sekali guna di dalam bilik. Selain itu, Sisa taman dijadikan kompos untuk menjaga kebun dan lanskap.
Menariknya lagi, kerjasama dengan pusat penetasan penyu tempatan, di mana tetamu boleh menyertai aktiviti melepaskan tukik ke laut. Para pelancong juga boleh menyertai Program “Adopt-A-Coral” yang membolehkan pelawat menyokong usaha pemulihan terumbu karang secara langsung.
Semua ini menunjukkan bahawa Berjaya Tioman Resort bukan hanya mahu menjadi tempat bercuti, tetapi juga agen perubahan dalam pelancongan lestari.

Kalau anda tengah cari tempat untuk ‘pause’ sekejap dari kesibukan kota dan tenangkan diri, Berjaya Tioman Resort patut masuk dalam senarai wajib kunjung. Dikelilingi laut biru dan kehijauan hutan tropika, suasana di sini cukup sempurna untuk anda ‘reset‘ diri.
“must-visit spot” bila anda jejak kaki ke Tioman
Berjaya Tioman Resort menyediakan keselesaan seperti hotel bertaraf antarabangsa, tapi tetap rasa dekat dengan alam dan budaya.
Sesuai untuk pasangan bulan madu, keluarga, malah solo traveller yang nak “healing” pun boleh!
Pulau Tioman itu sendiri dah cukup magis. Tapi Berjaya Tioman Resort buatkan pengalaman itu jadi lebih lengkap.




Terbukti ia bukan sekadar tempat penginapan, tetapi resort ini juga pernah dianugerahkan:
Best Corporate Resort in Asia — Haute Grandeur Global Award
Best Golf Resort in Malaysia — Haute Grandeur Global Award
Best Hideaway Resort in Malaysia — Haute Grandeur Global Award
Best Honeymoon Hideaway Resort in Malaysia — Haute Grandeur Global Award
Best Family Resort — International Travel Awards
Best Tourism Destination – Island Discovery — HAPA Award
Pengiktirafan ini menegaskan bahawa Berjaya Tioman Resort berjaya menyatukan unsur kemewahan, privasi, dan suasana yang sesuai untuk pelbagai golongan tetamu, dari keluarga hingga pasangan bulan madu. Secara langsung, mencerminkan kualiti servis, fasiliti bertaraf tinggi, keindahan alam semula jadi, dan komitmen kepada usaha pemeliharaan.

Berjaya Tioman Resort bukan hanya tempat untuk berehat, tetapi juga tempat untuk berhubung semula dengan alam, diri sendiri dan orang tersayang. Sama ada anda datang bersama keluarga, pasangan, atau seorang diri, resort ini menjanjikan ketenangan, keindahan dan kenangan yang akan kekal di hati.
Kalau syurga itu ada di dunia, mungkin inilah salah satu sudutnya yang tersembunyi di Pulau Tioman, di pangkuan Berjaya Tioman Resort.
