1

Kuala Lumpur – Jenama fesyen tempatan yang semakin mencuri tumpuan, MagLifestyle, sekali lagi memukau peminat fesyen dan pemerhati industri apabila mempersembahkan koleksi terbaharu Musim Bunga/Panas 2026 (SS26) sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2025. Koleksi ini disaksikan secara eksklusif oleh jemputan khas, penggiat industri serta peminat fesyen tempatan yang memenuhi ruang pertunjukan utama malam tadi.

Bertemakan Dreamy Biomimicry, koleksi SS26 MagLifestyle menampilkan gaya feminin yang diinspirasikan daripada keanggunan Paris, ragam impresionis serta daya tarikan renda vintaj. Ia merupakan manifestasi cinta yang romantis dalam bentuk busana moden yang lembut dan mempesona.

Gaya Perancis Bertemu Sentuhan Romantik Tempatan

Menggabungkan rona pastel seperti merah jambu halus, biru muda, hijau pudina, kuning mentega dan krim vanila, koleksi ini membawa penonton mengembara ke dunia mimpi yang penuh nostalgia. Setiap warna menggambarkan inspirasi daripada mawar yang kian pudar, manisan macaron dan sinaran mentari kota Paris menciptakan suasana romantik yang menyentuh jiwa.

Potongan signatur MAGLIFESTYLE yang beralun kembali mendominasi koleksi ini, kali ini melalui penggunaan fabrik sifon lembut dan tulle bersulam. Antara rekaan yang menjadi sorotan termasuk gaun midi berlisu, gaun manik dwi-warna, serta blaus lengan besar dan berenda, yang dipadankan dengan skirt pinggang tinggi beralun dan ‘bubble skirt’ moden.

Renda dan Perincian Halus: Rujukan kepada Nostalgia Abad Ke-18

Elemen nostalgia diperkukuhkan dengan penggunaan renda Chantilly yang halus, tulle bersulam serta perincian teliti pada setiap helaian pakaian. Rekaan ini mengambil inspirasi daripada pakaian dalam vintaj serta kisah cinta era Marie Antoinette, menjadikannya koleksi yang kaya dengan tekstur dan cerita.

Motif rococo, corak flora, bunga sulaman kecil dan cetakan toile de Jouy menghiasi kebanyakan rekaan, menambah dimensi dan kelembutan. Ikatan reben sutera, korsaj dan leher tinggi beropol pula memperkukuh estetika romantis yang menjadi tunjang koleksi ini.

Kerjasama Eksklusif Bersama Tricia Liew

Koleksi ini turut menyerlah dengan aksesori pelengkap yang tidak kurang menarik. Reka bentuk perhiasan kepala renda berhias mutiara dan reben melengkapi keseluruhan penampilan, manakala kasut direka khas oleh pereka terkenal Tricia Liew menambah nilai eksklusif kepada koleksi ini.

Kerjasama kapsul MAGLIFESTYLE x Tricia Lew yang bakal dilancarkan September 2025 turut mempersembahkan Mary Janes dalam rona pastel, kasut tumit runcing dan kasut sarung berhias reben sesuai untuk wanita moden yang inginkan gaya dan keselesaan dalam satu rekaan.

Jejak Kreatif Duo Adik-Beradik Di Sebalik Jenama

Ditubuhkan pada tahun 2010 oleh pereka adik-beradik, Yen dan Shirley, MagLifestyle bermula sebagai Butik Magazine di Bangsar. Bermula dengan minat mengubah suai pakaian sendiri semasa di bangku sekolah, kedua-dua pereka ini telah mencipta jenama yang kini dikenali dengan gaya ‘high-street’ elegan yang mampu milik.

Sering mengembara ke luar negara untuk mencari inspirasi, pasangan adik-beradik ini menerjemahkan pengalaman dan budaya asing ke dalam rekaan mereka, menjadikan MagLifestyle sebagai jenama yang dekat dengan hati wanita moden Malaysia yang menghargai keanggunan dalam kesederhanaan.

Koleksi Kini Boleh Didapati

Koleksi Spring/Summer 2026 kini boleh didapati secara dalam talian di laman rasmi mereka www.maglifestyle.com serta di semua butik fizikal MagLifestyle di lokasi berikut:

  • Publika Shopping Gallery
  • One Utama Shopping Centre
  • Pavilion Damansara Heights
  • Isetan The Gardens Mall
  • Parkson Pavilion KL
  • Parkson Pavilion Bukit Jalil

Koleksi ini bukan sahaja meraikan fesyen, malah membawa penonton menyelami keindahan mimpi, cinta dan seni reka Perancis yang klasik menjadikannya antara koleksi paling menawan yang pernah dipersembahkan oleh MagLifestyle setakat ini.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading