Dunia media sosial semalam kecoh semalam apabila ibu kepada aktres jelita Anna Jobling memuat naik seolah-olah dirinya bergelut besar dengan anaknya.
Ibu pelakon cantik itu memuatnaik tangannya yang cedera sambil meluah berkenaan perihal dirinya berkenaan hal undang-undang.
“Lelah seorang insan yang bernama ibu. Panggillah seramai mana ‘lawyer’ (peguam) yang kamu nak panggil. Bagilah banyak mana injunksi yang kamu nak bagi, letaklah banyak mana gari kamu nak letak.

“Saya tak gentar, saya dah lalui berbagai onak duri, bergadai nyawa nak besarkan kamu, kalau ini balasan kamu, tak apa. Kalau saya kena masuk penjara pun, saya reda sahaja. Allah ada, Allah maha Adil,” tulisnya.
Dia juga turut berkongsi keadaan dirinya yang sedang menangis ketika berada di balai polis.
Menjengah ke media sosial Anna, masih belum apa-apa respon lagi setakat ini daripada pelakon itu
