Kuala Lumpur – Jenama penjagaan feminin terkemuka, Laurier Malaysia, kembali sebagai Rakan Penjagaan Feminin Rasmi di acara tahunan KL Fashion Week (KLFW) 2025, memperkenalkan kempen terbarunya bertajuk “Experience Zero Feeling”. Kempen ini mengetengahkan rangkaian Laurier Super Slimguard sebagai pilihan utama wanita yang mengutamakan keselesaan maksimum sambil bergaya.
Acara fesyen yang berlangsung pada hari Jumaat lalu di Esplanade, Suria KLCC ini merupakan sebahagian daripada sambutan minggu fesyen KLFW yang bermula dari 4 hingga 10 Ogos. Menyatukan elemen gaya dan fungsi, Laurier berkolaborasi dengan label fesyen tempatan What To Wear (WTW) bagi mempersembahkan koleksi istimewa yang meraikan kebebasan, keyakinan, dan ekspresi diri walaupun ketika datang haid.

“Di Laurier, kami percaya bahawa perkara terbaik dalam hidup tidak membebankan anda sebaliknya, ia mengangkat anda.
“Tema kami tahun ini, ‘Experience Zero Feeling’, bukan sekadar janji produk. Ia adalah satu bentuk kebebasan kreatif dan emosi. Keyakinan sebenar datang apabila anda cukup selesa untuk melakukan apa sahaja – walaupun ketika haid.” ujar Tan Poh Ling, Naib Presiden Pemasaran di Kao Malaysia.
Fesyen dengan Tujuan: Laurier x What To Wear
Segmen istimewa Laurier mempersembahkan 10 rekaan eksklusif oleh What To Wear, dibuka dengan penuh bergaya oleh duta jenama baharu mereka, Sandra Lim, yang juga merupakan Miss Universe Malaysia 2024. Setiap busana direka untuk menzahirkan tema “Experience Zero Feeling” – menampilkan aliran pergerakan, keselesaan, dan gaya kontemporari.
Rekaan ini bukan sahaja menonjolkan estetika moden feminin, malah turut mencerminkan kepercayaan Laurier bahawa penjagaan feminin tidak seharusnya menjadi penghalang kepada gaya atau keyakinan diri. Turut tampil di pentas ialah sekumpulan wanita dari pelbagai latar belakang, mewakili kepelbagaian dan inklusiviti rakyat Malaysia, seiring dengan misi Laurier untuk menjadi teman setia sepanjang perjalanan hidup wanita.
“Rekaan untuk kolaborasi ini adalah tentang menggabungkan keselesaan dengan keyakinan, kami mahu setiap helaian terasa bebas dan tidak mengongkong seperti janji kempen ini” kata Melanie Kee, pengasas dan pereka What To Wear.

Di Sebalik Keselesaan: Laurier Super Slimguard
Di sebalik tema “Experience Zero Feeling” terletak inovasi utama Laurier Laurier Super Slimguard. Dengan ketebalan hanya 0.1cm, ia menawarkan kuasa serapan 200 kali ganda, menjadikannya begitu nipis dan selesa, namun mampu menyerap dengan pantas untuk kekeringan dan perlindungan sepanjang hari.
Ciri ini menjadikannya pilihan ideal untuk wanita yang aktif dan bergaya sama ada di atas pentas peragaan atau dalam kehidupan seharian. Reka bentuk yang nipis dan tidak ketara menjadikan ia sesuai dipakai dengan pakaian ketat atau bergaya, tanpa rasa rimas.

Menghidupkan “Experience Zero Feeling”
Antara tarikan utama acara ini ialah 360-degree glam cam yang membolehkan para pengunjung merakam gambar dari setiap sudut dalam suasana glamor ala fesyen minggu. Ia meraikan kebebasan untuk bergaya, bergerak, dan mengekspresikan diri – sejajar dengan falsafah Laurier Super Slimguard.
Daripada pentas peragaan hingga ke khalayak ramai, “Experience Zero Feeling” bukan sekadar tema ia adalah satu gerakan. Melalui kempen ini, Laurier mengajak setiap wanita untuk merasa bebas, yakin dan selesa dalam setiap detik kehidupannya – walaupun ketika datang haid.
