F-57

Petaling Jaya – Jenama terkemuka dalam industri jubin Malaysia, Feruni, mengorak langkah berani dengan pelancaran bertemakan “The Transformative Power of Art” di ibu pejabatnya, baru-baru ini.

Bertujuan memperkenalkan gabungan seni, inovasi dan pertukangan, sekali gus menegaskan kedudukan Feruni sebagai peneraju tren dalam reka bentuk jubin.

Selepas setahun pembangunan semula jenama menerusi tema “Discover New Art Forms”, yang menandakan komitmen Feruni untuk bergerak melangkaui fungsi asas jubin kepada satu bentuk seni yang menghidupkan ruang.

Seni Sebagai Nadi Identiti Feruni

Ketua Pegawai Eksekutif Feruni, Dato’ C.C. Ngei, menyifatkan seni sebagai kuasa transformasi yang memberi impak kepada budaya dan komuniti.

“Kerjasama bersama artis tempatan bukan sekadar soal reka bentuk, tetapi membentuk budaya, memberi impak kepada masyarakat, dan mempengaruhi cara kita mencipta ruang hidup dan bekerja,” katanya.

Pelancaran ini menampilkan dua kolaborasi kreatif yang mengangkat seni tempatan ke tahap baharu antaranya; Tutur Alam (Nature’s Speech) oleh Farah Mohan, pengasas Novak Batik, yang menggabungkan warisan batik Malaysia dengan reka bentuk jubin moden. Diilhamkan daripada lagu rakyat Bangau Oh Bangau, koleksi ini menampilkan tiga reka bentuk modular yang mencerminkan alam, kenangan dan emosi.

“Seni mengubah tetapi tradisi mengakar batik tidak semestinya kekal di atas kain, ia juga boleh menghiasi dinding dan lantai,” ujar Farah.

Mosaic of Harmony oleh Loka Made, sebuah mural berukuran 2.4m × 6m yang mengabadikan keharmonian budaya Malaysia melalui ilustrasi penuh perincian.

Dihasilkan dengan teknik ukiran tangan oleh Studio Feruni, karya ini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai mural ukiran jubin terbesar di Malaysia.

Inovasi Terbaharu Studio Feruni

Selain kolaborasi seni, Feruni turut memperkenalkan Feruni Maxima Porcelain Slabs bertemakan Scale of Perfection. Teknologi ini menukar slab bersaiz besar 1600mm × 3200mm kepada jubin bersaiz 600mm × 600mm yang lebih praktikal, versatil dan elegan, tanpa menjejaskan keindahan atau kualiti.

Feruni merancang untuk terus mengangkat seni dalam reka bentuk jubin melalui kolaborasi berterusan bersama pelukis dan pereka tempatan ke pasaran Asia Tenggara ke peringkat global.

Dengan gabungan kreativiti, inovasi dan visi jangka panjang, Feruni membuktikan bahawa jubin bukan lagi sekadar bahan binaan malah ia adalah karya seni yang hidup, mengubah ruang menjadi pengalaman yang bermakna.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading