DSC05379

KUALA LUMPUR – Kajian antarabangsa mendedahkan jenama di seluruh dunia kehilangan nilai belum direalisasi berjumlah USD200 bilion (RM947 bilion) dalam tempoh dua tahun lalu akibat strategi jangka pendek dan kurang tumpuan terhadap pembangunan jenama jangka panjang (Interbrand, 2024).

Malaysia, yang kini berada di tangga ke-36 dalam Global Soft Power Index 2025 dengan skor 46.1 (Brand Finance, 2025), dilihat berada di persimpangan penting untuk menentukan hala tuju sama ada memperkukuh strategi jenama atau berisiko kehilangan daya saing di pasaran serantau dan global.

Bagi menangani cabaran ini, CTOS Data Systems bekerjasama dengan KNKV Group dan Muslim Insiders Chamber of Commerce menganjurkan National CEO Forum 2025 (NCF2025) pada 14 Ogos ini di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Forum eksklusif yang menghimpunkan 200 Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), pemimpin syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan pembuat dasar ini akan membincangkan tema “Brand Growth and Focus 2026” bagi merangka strategi pembangunan jenama berasaskan data untuk tahun hadapan.

Ketua Pegawai Operasi CTOS Data Systems, Lee Shin Mei, menegaskan bahawa ekuiti jenama merupakan aset perniagaan yang nilainya boleh berubah dengan pantas mengikut perkembangan pasaran.

“Peranan CTOS adalah membantu pemimpin perniagaan mendapatkan kecerdasan data dan pandangan pasaran yang tepat untuk melindungi serta mengembangkan nilai jenama mereka,” katanya.

Dominasi Pasaran 2026

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group, Prof. Adj. Hj Adam Richman, pula berkata forum ini memberi peluang kepada jenama-jenama yang hadir untuk memperkukuh kedudukan dan fokus agar dapat mendominasi pasaran pada tahun 2026.

“Kami mahu setiap jenama mempunyai strategi jelas dan eksklusif supaya dapat mengatasi jangkaan pelanggan serta membina hubungan yang lebih kukuh,” ujarnya.

Sokongan Pelbagai Rakan Strategik

National CEO Forum 2025 dianjurkan oleh Muslim Insider Chamber of Commerce bersama KNKV Group sebagai penganjur bersama (Co-Organizer), dengan sokongan:

CTOS Data System – Rakan Semakan (Due Diligence Partner)

SIRIM QAS International – Rakan Inovasi (Innovation Partner)

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) – Rakan Strategik (Strategic Partner)

Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak (HWAM) – Rakan Guaman Rasmi (Legal Partner)

Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur turut bertindak sebagai Venue Partner untuk forum berprestij ini.

Sebagai tambahan, KNKV Group Sdn. Bhd. menyatakan kesediaan menjadi rakan strategik kepada jenama-jenama yang ingin melonjakkan kandungan kreatif mereka ke tahap baharu.

Melalui strategi eksklusif yang dirangka khusus, syarikat ini berazam membantu memperkukuh kedudukan jenama agar kekal relevan dan berdaya saing di peringkat serantau serta global.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading