IMG_20250822_194829_050

Kuala Lumpur – MOMOYO, jenama minuman teh inovatif, memperkenalkan produk baharu yang unik iaitu YoFlip Batik Edisi Terhad, aiskrim pertama di Malaysia dengan konsep cawan boleh diterbalikkan tanpa tumpah.

Pengurus Besar MOMOYO Malaysia, Alex Tan

Pengurus Besar MOMOYO Malaysia, Alex Tan, berkata produk itu bukan sekadar aiskrim, sebaliknya gabungan kreativiti, warisan budaya dan semangat perpaduan Malaysia dalam satu sajian berkrim yang menyeronokkan.

“YoFlip menampilkan rekaan cawan istimewa diinspirasikan daripada motif batik ikonik Malaysia. Ia boleh digenggam, dibalikkan dan tetap tidak tumpah memberi pengalaman menikmati aiskrim dengan cara berbeza.

“Kami mahu setiap hidangan bukan sahaja lazat, malah membawa kebanggaan budaya tempatan,” katanya pada majlis pelancaran produk itu di sini, hari ini.

MOMOYO, jenama minuman teh yang inovatif, dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) hari ini melancarkan YoFlip BATIK Edisi Terhad Hari Kemerdekaan.

YoFlip Batik Edisi Terhad mula dijual di semua cawangan MOMOYO seluruh negara bermula 29 Ogos 2025, sementara stok masih ada.

Perkembangan Pesat MOMOYO di Malaysia

Ditubuhkan pada 2022, MOMOYO mula memasuki pasaran Malaysia pada April 2024 dan kini memiliki lebih 150 cawangan di seluruh negara. Dengan strategi harga berpatutan (RM5 hingga RM10) serta penggunaan buah-buahan segar, jenama ini cepat mendapat tempat dalam kalangan pengguna.

Tan menjelaskan, syarikat menyasarkan pengembangan agresif dengan membuka 250 cawangan menjelang akhir 2025, diikuti 300 hingga 400 cawangan pada 2026, sebelum mencapai 600 cawangan di bandar utama seluruh negara.

Selain itu, MOMOYO juga menekankan aspek halal dengan memperoleh pensijilan penuh dan menggaji 99 peratus kakitangan tempatan.

Sejak memasuki pasaran Malaysia pada April 2024, jenama ini telah membuka lebih 150 cawangan di seluruh negara.

Bagi memastikan daya tarikan berterusan, MOMOYO merancang untuk melancarkan enam hingga lapan produk baharu setiap tahun, termasuk rangkaian berinspirasikan kegemaran rakyat Malaysia seperti kopi putih, teh buah durian, aiskrim Milo dan minuman ais limau.

“Produk bakeri juga akan diperkenalkan bagi memperkaya menu. MOMOYO mahu menjadi destinasi gaya hidup yang lebih daripada sekadar teh buah dan aiskrim,” tambah Tan.

Dalam usaha memperkukuh jenama, MOMOYO turut menawarkan sokongan menyeluruh kepada francais dan rakan niaga. Ia meliputi rantaian bekalan mantap, latihan sistematik, sistem keahlian, integrasi platform penghantaran, serta bantuan dari pemilihan lokasi hingga reka bentuk cawangan.

“Dengan kos permulaan yang berpatutan, kami berharap lebih ramai usahawan dapat menyertai keluarga MOMOYO dan bersama membangunkan ekosistem perniagaan ini,” jelas Tan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading