HONOR Sponsors HKHM 2025

{"source_type":"hypic","tiktok_developers_3p_anchor_params":"{"template_id":"","filter_id":[],"client_key":"awgvo7gzpeas2ho6","capability_key":["portrait"],"capability_extra_v2":{"portrait":[{"panel":"face-reshape"}]}}","data":{"pictureId":"005D45AB-3C7A-4F1E-831B-8B5F37E17832","playId":"","activityName":"","stickerId":"","imageEffectId":"","enter_from":"enter_launch","filterId":"","product":"retouch","appversion":"6.9.0","os":"ios","infoStickerId":""}}

Kuala Lumpur – HONOR Malaysia telah menjalinkan kerjasama bersama Kementerian Komunikasi bagi menaja produk bernilai RM66,066 sempena sambutan RIUH Merdeka 2025 yang diadakan bersempena dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM).

Penajaan ini merupakan inisiatif signifikan dalam menyemarakkan semangat perpaduan dan kebanggaan nasional dalam kalangan rakyat Malaysia, bertepatan dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-68.

Majlis penyerahan plak mockup penajaan tersebut telah disempurnakan dalam satu majlis rasmi pada Jumaat lalu, di mana Ketua Jualan Saluran HONOR Malaysia, Tan Pei Ling, menyerahkan plak tersebut kepada Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil.

HONOR Semarakkan Semangat Merdeka

Presiden HONOR South Pacific, Justin Li berkata, pihaknya berbangga dapat menyumbang kepada kemeriahan acara RIUH Merdeka tahun ini.

“Merdeka adalah masa untuk semua rakyat Malaysia bersatu dan menghargai sejarah bersama. Kami berasa bangga dapat menyertai sambutan RIUH Merdeka 2025 dengan menyumbangkan produk HONOR. Kami berharap hadiah-hadiah ini bukan sahaja menggembirakan para pemenang, tetapi juga menambah semangat patriotik dan kegembiraan kepada acara kebangsaan ini,” katanya.

Sertai Sambutan dan Menangi Hadiah Eksklusif!

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan sambutan RIUH Merdeka yang akan berlangsung pada 30 dan 31 Ogos di kawasan letak kereta Monumen Alaf Baru, Putrajaya. HONOR akan menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan peluang untuk memenangi telefon pintar serta tablet terkini mereka.

Antara tarikan utama sepanjang dua hari acara ini termasuklah photobooth bertemakan bomba serta lukisan potret digital percuma menggunakan tablet HONOR.

Jangan lepaskan peluang untuk bertemu secara eksklusif dengan barisan pelakon utama filem tempatan Legasi: Bomba The Movie dalam sesi meet-and-greet istimewa pada 31 Ogos.

Pastikan anda menyertai kemeriahan sambutan RIUH Merdeka 2025 bersama HONOR dan raikan kemerdekaan dengan penuh semangat dan gaya!

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading