vv

THREADS, salah satu perkhidmatan sosial yang dimiliki Meta dan beroperasi di bawah Instagram, dilihat mula memperluaskan paparan pengiklanan kepada pengguna di Malaysia.

Untuk makluman, Threads sedia menguji ciri pengiklanan untuk pengguna di beberapa buah negara sebelum ini, dan kini diperluaskan juga untuk pengguna tempatan.

Iklan dipaparkan seperti bentuk perkongsian biasa pada garis masa, dan dilabelkan sebagai “Iklan”.

Daripada pengamatan kami, paparan iklan tidak begitu mengganggu berbanding X hari ini. Namun, boleh dikatakan ia masih di peringkat awal. Bergerak ke hadapan, kita mungkin melihat lebih banyak perkongsian iklan melaluinya.

Untuk tujuan pengiklanan, Threads menggunakan sistem pengiklanan sedia ada Meta, membolehkan pengguna memaparkan iklan rentas platform, termasuk di Facebook dan Instagram.

Bagi anda yang menggunakan Threads, sudahkah anda turut melihat paparan iklan pada garis masa anda?

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading