Pengasas restoran makanan segera Ahmad’s sebelum ini telah mengumumkan penjualan pegangan saham kepada pengurusan baharu. Sejak daripada itu, beberapa perubahan berlaku pada restoran makanan segera Ahmad’s dibawah pengurusan baharu, dan kini mereka mengumumkan penjenamaan semula kepada Ahmad’s HotChicken.
Selari dengan penjenamaan semula, ia turut dinyatakan yang kini Ahmad’s menjadi restoran makanan segera pertama di Malaysia yang menggunakan kecerdasan buatan janaan (AI) untuk mengurus operasi, pemasaran, serta membuat analisis dan keputusan strategik. Dengan penggunaan AI, ia disasarkan pelbagai perkara ini dalam dilakukan dengan lebih pantas.
Dengan penggunaan AI juga, ia disasarkan yang keputusan berasaskan data dapat dilakukan, selain pada masa yang sama menambah baik lagi pengalaman untuk pelanggan.
Ahmad’s sedia mempunyai lebih 40 cawangan di seluruh Malaysia. Dengan peralihan ini, sama-sama kita nantikan bagaimana ia memberikan impak kepada pengurusan dan operasi, selain perkembangannya.
