HONOR X9d Official Launch (1)

Kuala Lumpur – HONOR baru sahaja melancarkan HONOR X9d 5G secara rasmi di Malaysia, menawarkan spesifikasi mantap dan ketahanan yang tinggi pada harga bermula RM 1,499 bagi 256 GB, manakala RM1699 bagi 512GB.

Menariknya, dengan pembelian HONOR x9d , anda berpeluang membawa pulang sebuah tablet HONOR Pad X7.

Ciri Utama & Spesifikasi

Skrin & Paparan
Dilengkapi skrin AMOLED 6.79 inci dengan resolusi 1,200 × 2,640 piksel, kadar segar semula 120 Hz, dan kecerahan maksimum sehingga 6,000 nits.

Prestasi & Storan
Ditenagai oleh Qualcomm Snapdragon 6 Gen 4, padanan bersama RAM 12 GB dan storan 512 GB.

Bateri & Pengecasan
Menampilkan bateri 8,300 mAh dengan pengecasan berwayar 66 W, serta pengecasan berbalik (reverse wired charging) 7.5 W.

Kamera
Kamera belakang: 108 MP (utama) + 5 MP (ultra lebar).
Kamera depan: 16 MP.

Ketahanan & Pensijilan
Mendapat Persijilan Tiga-Kerintangan SGS dan penarafan IP69K — mampu tahan debu dan semburan air tekanan tinggi.


Untuk bunyi, telefon ini turut dilengkapi dengan pembesar suara bass berkembar.

Perisian & Ketersambungan
Beroperasi dengan Android 15 melalui antaramuka MagicOS 9.0.
Menyokong sambungan 5G, Wi-Fi 6, dan Bluetooth 5.2.

Pilihan Warna
Terdapat dalam empat warna: Reddish Brown, Sunrise Gold, Forest Green, dan Midnight Black.

Produk Tambahan Diumumkan

Selain X9d 5G, HONOR turut melancarkan dua model tambahan:

HONOR X7d — model peringkat pemula dalam siri X, dengan penarafan IP65, bateri 6,500 mAh, dan storan 512 GB. Harga sekitar RM 799.

HONOR Pad X7 — sebuah tablet dengan skrin 8.7 inci, kadar segar semula 90 Hz, bateri 7,020 mAh, dijual pada harga RM 499.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading