1

JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, serta Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, menzahirkan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada semua rakyat beragama Hindu di seluruh negara.

Ucapan berkenaan dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sempena sambutan perayaan tersebut.

“Semoga perayaan Deepavali ini membawa sinar kebahagiaan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada semua yang meraikannya,” menurut hantaran yang dikongsikan.

Dalam hantaran itu, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar sambutan Deepavali membawa cahaya kegembiraan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada mereka yang merayakannya.

Deepavali, atau turut dikenali sebagai Pesta Cahaya, akan diraikan oleh masyarakat penganut Hindu di Malaysia esok.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading