14

Kuala Lumpur – Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Hafiz Mahamad, sekali lagi menarik perhatian warganet apabila beliau membuat kejutan dengan membeli 50 kotak piza daripada jenama milik influencer popular, Cik Epal.

Tindakan itu dilakukan sebagai tanda permohonan maaf susulan isu melibatkan salah seorang stafnya yang dikatakan meninggalkan komen sindiran terhadap harga piza keluaran Pizza Mendonia.

Menerusi hantaran di laman Threads, Hafiz memaklumkan bahawa beliau telah membayar sebanyak RM6,750 untuk pembelian tersebut. Langkah itu juga dilihat sebagai usaha mendamaikan keadaan selepas isu tersebut mendapat perhatian meluas di media sosial.

“Saya dah hubungi Cik Epal, alhamdulillah dia respon dengan baik berhubung isu staf Ainaa. Ceritanya, semalam saya nak buat 50 piza sendiri untuk bagi depan Ainaa Clinic, tapi saya risau tak sempat buat doh. Jadi saya order Pizza Mendonia terus,” katanya.

Tambah Hafiz lagi, beliau berharap tindakan itu bukan sahaja dapat meredakan salah faham, tetapi juga membantu mempromosikan perniagaan Cik Epal kepada masyarakat.

“Insya-Allah, bila Cik Epal kongsikan pengalaman pelanggan menikmati piza tu, mungkin boleh bantu naikkan lagi bisnes dia,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Hafiz turut menasihati stafnya agar lebih berhati-hati ketika berinteraksi di media sosial dan tidak menggunakan provokasi semata-mata untuk menaikkan “engagement”.

Sebagai simbolik permohonan maaf, Hafiz mengumumkan akan memberikan 50 kotak piza secara percuma kepada orang ramai di hadapan premis perniagaan isterinya, Ainaa Clinic, pada hari Sabtu ini.

Tindakan spontan Hafiz itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen ada yang memuji sikap profesional beliau, tidak kurang juga yang menyifatkannya sebagai contoh teladan positif dalam dunia perniagaan dan pengaruh media sosial.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading