Kuala Lumpur – Canon Marketing Malaysia (Canon) telah menutup tirai Think Big Klang Valley Series 2025 dengan jayanya di Sheraton Petaling Jaya, menghimpunkan pemimpin perniagaan, pembuat dasar, dan inovator untuk meneroka bagaimana teknologi pintar dapat memacu produktiviti, daya tahan, dan pertumbuhan mampan dalam ekonomi digital Malaysia.
Bertemakan “Future-Ready Malaysia: Innovation, Resilience, Growth” (Malaysia Bersedia untuk Masa Depan: Inovasi, Ketahanan, Pertumbuhan), forum ini menandakan kemuncak kepada siri acara Think Big 2025 peringkat nasional anjuran Canon, selepas edisi terdahulu yang diadakan di Johor Bahru, Pulau Pinang, dan Putrajaya.
YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital Malaysia, telah menyampaikan ucaptama bertajuk “Future Ready Malaysia, Unlocking ASEAN’s AI Advantages”, yang menegaskan semula komitmen kerajaan dalam mempercepatkan agenda transformasi digital dan inovasi negara.
Forum ini turut menampilkan sesi perbincangan dan panel di mana tokoh pemikir berkongsi pandangan tentang bagaimana perniagaan boleh mengautomasikan proses, mengoptimumkan prestasi, dan berinovasi secara mampan dalam era Kecerdasan Buatan (AI) dan transformasi digital.
Antara penceramah utama termasuk Dr. Jasmine Begum, Pengerusi Bukan Eksekutif MIMOS Berhad, dan Alan Tan, Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan Affin Bank, yang membincangkan tahap kesiapsiagaan Malaysia untuk masa depan berasaskan AI serta strategi membina daya tahan perniagaan jangka panjang.
“Ketika Malaysia terus melangkah dalam perjalanan transformasi digitalnya, Canon kekal komited membantu organisasi dari pelbagai saiz membuka potensi baharu melalui penyelesaian berasaskan AI, automasi dan teknologi awan,” kata Masato Yoshiie, Presiden & CEO Canon Marketing Malaysia. “Melalui Think Big, kami berhasrat memperkasakan perniagaan dengan alatan dan pandangan yang tepat untuk berfikir lebih besar, berinovasi dengan lebih pantas, dan mencipta impak lestari dalam ekonomi yang sentiasa berubah.”
“Peranan Malaysia yang semakin menonjol dalam inovasi AI dan teknologi awan mencerminkan komitmen nasional yang kukuh ke arah membina masa depan berasaskan digital,” tambah Vincent Low, Ketua Pusat Penyelesaian Pengimejan Perniagaan Canon Marketing Malaysia. “Di Canon, kami berbangga menjadi rakan kongsi kepada perniagaan dalam perjalanan ini dengan menyediakan teknologi pintar dan berskala yang membantu mereka memudahkan aliran kerja, meningkatkan kecekapan, serta menjamin operasi yang berdaya tahan.”
Bagi melengkapkan sesi kepimpinan tersebut, Canon turut mempamerkan rangkaian penyelesaian perniagaan pintar terkini yang direka untuk meningkatkan automasi aliran kerja, keselamatan data, dan prestasi operasi.
Antara tumpuan utama pameran ialah pelancaran siri peranti pelbagai fungsi (MFD) imageFORCE, sistem generasi baharu Canon yang menampilkan penyelenggaraan pintar dibantu AI, penangkapan data pintar, dan analitik ramalan bagi memastikan masa operasi maksimum serta kecekapan terbaik. Didorong oleh empat tonggak utama Canon – Keselamatan, Kebolehpercayaan, Keterhubungan, dan Kelestarian – siri imageFORCE direka untuk membantu perniagaan beroperasi dengan lebih pintar dan bertanggungjawab. Peranti ini juga dilengkapi ciri keselamatan lanjutan dan integrasi awan bagi menyokong kerjasama lancar dalam persekitaran kerja hibrid.
Inovasi ini menggariskan komitmen berterusan Canon dalam menyokong matlamat pendigitalan Malaysia, membantu perusahaan mengadaptasi teknologi pintar, selamat, dan berskala yang memacu pertumbuhan serta daya tahan.
Ketika Malaysia mempercepat langkah ke arah masa depan digital, Think Big Klang Valley Series 2025 sekali lagi menegaskan peranan Canon sebagai rakan kongsi dipercayai kepada perniagaan tempatan, memperkasakan mereka untuk berinovasi, menyesuaikan diri, dan berkembang maju melalui teknologi serta kolaborasi.
Think Big Leadership Business Series, sebuah inisiatif oleh Canon, direka untuk memberi inspirasi dan memperkasa pemimpin perniagaan dengan strategi berpandangan jauh serta pandangan yang boleh dilaksanakan. Dilancarkan buat pertama kali di Singapura pada tahun 2010, platform ini membantu organisasi menavigasi landskap perniagaan yang pantas berubah dengan menunjukkan bagaimana inovasi dan teknologi mampu memacu pertumbuhan mampan.
