11

Kuala Lumpur – Filem aksi, Banduan meraih kutipan pembukaan RM3 juta di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei sejak mula ditayangkan 6 Oktober lalu.

Penerbit Eksekutif Filem Banduan, Kalyana Devan meluahkan rasa syukur dan terharu atas sambutan positif daripada penonton terhadap filem yang diadaptasi daripada filem India, Kaithi itu.

“Kami amat bersyukur dan terharu melihat sambutan positif terhadap Banduan dan bagaimana filem ini berjaya menyatukan penonton daripada pelbagai latar budaya dan bangsa.

“Penerimaan positif ini membuktikan bahawa filem ‘remake’ Tamil pertama ke versi Bahasa Melayu ini berjaya menggabungkan kekuatan penceritaan filem Tamil yang penuh emosi dengan aksi yang membawa cita rasa tempatan.

“Terima kasih kepada semua yang menonton di pawagam dan bagi yang belum menonton, kami menyeru untuk saksikan filem ini di pawagam berhampiran anda,” katanya.

Kejayaan ini juga memberi penghormatan kepada karya asal yang pernah menjadi fenomena di India pada 2019.

Filem arahan Kroll Azry itu dibintangi Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor, Datuk Afdlin Shauki, Fadhli Masoot, Amir Nafis, Abi Madyan dan ramai lagi.

Selain di Malaysia dan Brunei, Banduan kini ditayangkan di Kanada dan Amerika Syarikat, manakala di Singapura, ia akan mula ditayangkan Khamis ini.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading