00

Kuala Lumpur – Malaysia dijangka menjadi ekonomi kedua paling pesat berkembang di ASEAN selepas Vietnam, menurut HSBC Global Investment Research (HSBC Research).

Bank pelaburan itu telah menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kepada 5 peratus bagi 2025, daripada 4.2 peratus.

Firma itu berkata, usaha proaktif Malaysia dalam diplomasi merupakan perkara yang menyerlah, terutama ketika Sidang Kemuncak ASEAN di mana pendirian berkecuali negara ini ditonjolkan bagi menyatukan rakan dagang utama dalam satu meja perbincangan.

“Dari segi sentimen, kebangkitan semula keyakinan masih berterusan. 

“Secara keseluruhannya, memandangkan prestasi yang lebih baik daripada jangkaan, pengurangan ketidaktentuan perdagangan dan ketahanan domestik, kami menaikkan unjuran pertumbuhan KDNK kepada lima peratus bagi 2025, daripada 4.2 peratus.

“Ini bermakna, Malaysia berkemungkinan menjadi ekonomi kedua terpantas berkembang di ASEAN, setara dengan Indonesia dan hanya di belakang Vietnam,” kata firma itu dalam satu nota penyelidikan, menurut BH Online.

Selain itu, perjanjian perdagangan timbal balas dimeterai dengan Amerika Syarikat (AS), telah mengurangkan ketidaktentuan perdagangan, sekali gus menyokong pertumbuhan negara.

Firma itu menambah, Malaysia mencatat pemulihan penuh sektor pelancongan, hanya di belakang Vietnam, namun mendahului rakan serantau lain.

“Khususnya, Malaysia menerajui rantau ini dalam menerima pelancong China, melebihi 20 peratus daripada paras 2019. Ini didorong oleh skim bebas visa dengan China dan peningkatan sambungan penerbangan.

“Dengan kempen ‘Tahun Melawat Malaysia 2026’ tahun depan, rangsangan dalam sektor ini dijangka lebih besar,” katanya.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading