56

Kuala Lumpur – Kerajaan meneruskan pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 dengan pemberian RM150 secara one-off kepada setiap murid warganegara Malaysia.

Ini adalah untuk membantu meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bantuan berkenaan akan memanfaatkan lebih 5.2 juta murid.

Bantuan ini melibatkan murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6 bagi sesi persekolahan 2026, tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa atau penjaga.

Bagi tahun 2026, penyaluran bantuan akan dilaksanakan secara serahan tunai sepenuhnya di sekolah melalui program pertemuan antara pihak sekolah dan ibu bapa yang akan diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah masing-masing.

Pendekatan ini bukan sahaja bertujuan memastikan agihan bantuan dibuat secara lebih berkesan dan telus, malah turut berperanan mengeratkan hubungan kerjasama antara guru, ibu bapa dan murid.

Agihan Bantuan Awal Persekolahan di sekolah akan bermula seawal 11 Januari 2026 (Ahad).

Komitmen berterusan kerajaan menerusi pelaksanaan BAP ini mencerminkan keprihatinan terhadap kebajikan murid.

“Pendekatan ini bukan sahaja memastikan penyampaian yang lebih berkesan, malah bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara guru, murid dan ibu bapa.

“Komitmen berterusan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan murid sentiasa terpelihara demi kelangsungan pendidikan berkualiti,” jelas KPM dalam kenyataan tersebut.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading