Petaling Jaya – Landskap runcit Malaysia menyaksikan pengalaman membeli-belah yang lebih premium apabila jenama audio Sweden, Sudio, secara rasmi melancarkan kehadirannya di negara ini. Bersama-sama itu, jenama gaya hidup bandar yang dinanti-nantikan, Subtle, turut membuat penampilan rasmi pertamanya di Malaysia, menjadikan industri gaya hidup kini lebih istimewa.
Bagi menandakan pencapaian berganda ini, kedua-dua jenama menganjurkan acara pop-up eksklusif “The Joy of Giving, Elevated” di GF Event Space, Sunway Pyramid, bermula 22 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026.

Acara ini direka untuk memberikan pengalaman membeli-belah unik kepada pengguna yang mencari gaya lebih ‘trendy‘ mahupun hadiah bermakna dan praktikal untuk musim perayaan.
Ditubuhkan pada 2014, Subtle merupakan jenama gaya hidup bandar yang diinspirasikan daripada budaya “Mainstreet” dan gerakan “urban outdoor”. Jenama kelahiran Hong Kong ini, dibina untuk gaya moden namun masih mengekalkan keselesaan pelbagai peringkat umur, sesuai generasi masa kini.
Kali pertama diperkenalkan di Malaysia, koleksi ‘MainStreet’ menampilkan beg nilon kalis air yang direka untuk sesuai iklim tropika, sambil mengekalkan estetika moden dan progresif. Dari gaya Indie Side Pack yang serbaguna hingga Wander Traverse Backpack yang lasak, koleksi ini menyediakan pilihan ideal bagi mereka yang mengutamakan fungsi dan gaya.




Sudio: Audio Premium Dengan Rekaan Minimalis
Diasaskan di Stockholm pada 2012, Sudio ialah jenama audio Sweden premium yang menggabungkan teknologi kualiti bunyi tinggi (high-fidelity) dengan reka bentuk minimalis. Jenama ini merupakan gabungan perkataan “Swedish” dan “Audio”, mencerminkan misi jenama untuk menjadikan bunyi sebahagian daripada gaya hidup moden yang minimalis namun mengikut rentak gaya semasa.
Musim ini, Sudio mengetuai pop-up dengan pelancaran Sudio N3 Pro, fon telinga “Day-to-Night” yang direka khusus untuk pencinta muzik. Produk ini menampilkan fungsi Pembatalan Bunyi Aktif atau Active Noise Cancellation (ANC) canggih dengan jangka hayat bateri 30 jam, dan diperbuat daripada 20% plastik kitar semula, menjadikannya lebih lestari, premium dan bergaya tanpa merosakkan nilai estetika Scandinavia.
Pengurus Pemasaran Digital, Nicky Fun menjelaskan, Subtle dan Sudio hadir untuk memberi pilihan baharu kepada pengguna muda yang mungkin mencari sesuatu di luar reka bentuk produk gaya yang merangkumi aspek formal atau klasik.
“Kami sebagai pengedar tunggal di Malaysia berfungsi membawa masuk dua jenama ini bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna.
“Kita tidak memiliki kedai rasmi namun para pengguna boleh mendapatkan kedua-dua produk ini dari kedai-kedai rakan niaga rasmi di seluruh Malaysi, setiap produk yang dipasarkan adalah dengan harga berpatutan namun masih mengekalkan kualiti terbaik” katanya.

Pengunjung pop-up dari 22 Disember 2025 hingga 04 Januari 2026 boleh menikmati pelbagai ganjaran bertingkat dan keistimewaan eksklusif. Pelanggan yang membeli satu produk layak menerima diskaun 10%, manakala pembelian dua produk atau lebih akan menikmati diskaun 20% bagi jumlah pembelian.
Sementara itu, Eksekutif Jualan & Pemasaran, Jayden Luo berkongsi, Sudio merupakan satu jenama dengan harga yang kompetitif setanding jenama lain.
“Jenama ini menawarkan kualiti audio terbaik dengan saiz yang lebih kompak sesuai dengan permintaan masyarakat kini yang mementingkan reka bentuk lebih bergaya namun prestasi bunyi luar biasa, dengan harga mampu milik ini, kami pasti Sudio bakal mengorak langkah dalam pasaran di Malaysia.
“Bagi koleksi beg Subtle pula, setiap reka bentuknya yang kasual namun tetap nampak bergaya sesuai untuk semua gaya, tidak kira formal mahupun santai, koleksi beg ini dipasarkan dengan harga pertengahan sesuai untuk semua generasi” ujarnya.


Selain itu, setiap pembelian produk Subtle disertakan dengan pembungkusan reben percuma, memastikan hadiah sedia untuk perayaan. Tambahan lagi, pelanggan yang membelanjakan minimum RM300 dalam satu resit akan menerima satu penyertaan cabutan bertuah perayaan, dengan peluang memenangi hadiah premium.

Acara pop-up ini bukan sahaja menonjolkan produk-produk terkini dari kedua-dua jenama, tetapi juga menegaskan komitmen Sudio dan Subtle dalam menyediakan hadiah perayaan bergaya, praktikal, dan bermakna kepada pengguna di Malaysia.
