222

Selepas 12 tahun menetap di rumah sewa, pempengaruh terkenal Khairul Aming akhirnya berkongsi khabar gembira apabila bakal memiliki rumah pertama tidak lama lagi, sekali gus mencuri perhatian ramai pengikut di media sosial.

Beli rumah pertama

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman mendedahkan bahawa dia akan mengambil kunci kediaman tersebut dalam masa terdekat selepas lebih sedekad menyewa.

“Minggu depan aku akan ambil kunci rumah yang pertama. Akhirnya aku ada rumah sendiri selepas 12 tahun menyewa,” katanya.

Dalam pada itu, Khairul Aming menyatakan kediaman yang dibeli bukanlah bersaiz besar tetapi hanya sebuah kondominium kecil yang sesuai dengan dirinya yang masih bujang.

Tapi rumah kondo kecil sahaja, 1,000 square feet.

“Cukuplah tu untuk aku duduk seorang. Aku nak bela hamster, ikan flowerhorn dengan ikan guppy… parking ada dua tapak,” ujarnya.

Rumah kecil sekali bayar tak ada hutang

Perkongsian itu nyata mengundang reaksi positif daripada peminat yang turut tumpang gembira dan menganggap kejayaan itu sebagai hasil kerja keras Khairul Aming selama ini.

Macam ni la, bisnes dah berjuta tahan diri dari beli rumah

Lagi kecil lagi senang nak kemas

rumah pertama

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading