WhatsApp Image 2026-01-07 at 11.03.00

Projek perumahan terbaru Laman Sendayan 2 yang dibangunkan oleh Matrix Concepts mencuri tumpuan ramai kerana reka bentuknya yang moden, gaya hidup yang lengkap serta penawaran ciri smart home dalam setiap unit rumahnya. Projek ini memperkenalkan dua pilihan kediaman Meria dan Elaria yang bukan sekadar nama menarik, tetapi juga simbol gaya hidup kontemporari yang praktikal untuk keluarga masa kini.

Laman Sendayan 2 dibina di atas kawasan seluas lebih 112 ekar tanah bebas pegangan (freehold) dalam township matang Bandar Sri Sendayan, Seremban. Kawasan ini dirancang dengan teliti untuk memberi keseimbangan antara ruang hidup berkualiti, persekitaran semula jadi dan kemudahan harian. Ia merupakan kesinambungan kejayaan Laman Sendayan 1 yang sebelum ini sold out dalam tempoh yang singkat.

Rumah-rumah di kawasan Meria dan Elaria direka sebagai link house dua tingkat dengan susun atur yang luas, sesuai untuk keluarga moden yang mengutamakan keselesaan dan gaya hidup berintegrasi.

Ciri Utama Meria & Elaria: Ruang Luas dan Teknologi Pintar

Setiap unit di Meria & Elaria dilengkapi dengan:

  • 4 bilik tidur dan 3 bilik air, menjadikannya sesuai untuk keluarga besar atau generasi berganda.
  • Saiz lot panjang sehingga 100 kaki, memberi peluang kepada pembeli untuk memiliki taman mini, sudut BBQ atau ruang belakang peribadi mereka sendiri satu ciri yang jarang ditemui pada projek perumahan lain masa kini.
  • Ciri smart home termasuk kunci digital, lampu dikawal suara dan IR blaster untuk kawalan penghawa dingin serta peralatan lain melalui satu sistem pintar di rumah.

Rekaan moden ini membolehkan pemilik rumah mengurus pelbagai fungsi rumah dengan lebih praktikal, selamat dan efisien menjadikan kehidupan harian lebih mudah dan menarik.

Persekitaran Mesra Keluarga dan Kemudahan Lengkap

Laman Sendayan 2 bukan sekadar tempat tinggal, tetapi sebuah komuniti yang lengkap dengan kemudahan rekreasi dan gaya hidup. Penduduk tidak perlu risau tentang jarak ke kemudahan harian kerana kawasan ini dikelilingi oleh pelbagai fasiliti berkualiti:

  • d’Tempat Country Club – kelab rekreasi bertaraf tinggi yang menawarkan kolam renang saiz Olimpik, gim, spa, bowling dan banyak lagi.
  • X-Park Sendayan – taman sukan ekstrem dengan aktiviti seperti go-kart, paintball dan flying fox.
  • Bandar Sri Sendayan Merchant Square – pusat komersial dengan pilihan restoran, kedai runcit serta kemudahan perkhidmatan harian.
  • Pelbagai pilihan sekolah termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan dan pendidikan antarabangsa untuk memenuhi keperluan keluarga.

Selain itu, kawasan ini turut menawarkan laluan joging, taman hijau dan kawasan rekreasi lain yang menyokong gaya hidup sihat dan mesra masyarakat.

Tawaran Nilai dan Peluang Milikan

Dengan semua ciri dan kemudahan yang disediakan, harga rumah di Meria & Elaria bermula sekitar RM547,999 untuk unit berkeluasan lebih kurang 2,148 kaki persegi satu tawaran menarik jika dibandingkan dengan rumah landed di pasaran lain yang menawarkan gaya hidup dan teknologi serupa.

Menurut pengguna dan pemerhati pasaran, nilai yang ditawarkan oleh projek ini dianggap kompetitif terutamanya dengan integrasi ciri smart home, kawasan berpagar serta persekitaran yang selamat dan kondusif untuk keluarga.

Laman Sendayan 2 melalui Meria dan Elaria membawa satu pengalaman baru dalam pasaran hartanah bukan sekadar rumah, tetapi sebuah kehidupan serba pintar dan bergaya. Projek ini membuktikan bahawa inovasi dalam reka bentuk kediaman mampu menyediakan penyelesaian yang moden dan relevan untuk keluarga masa kini yang mengutamakan keselamatan, keselesaan serta akses kepada kemudahan harian.

Purr & Play Showhome Day Tarik Perhatian Keluarga dan Pencinta Haiwan

Acara Purr & Play Showhome Day: Catwalk To Your New Home dijangka menjadi tarikan utama dengan pelbagai aktiviti mesra keluarga dan pencinta kucing. Antara pengisian acara termasuk pelancaran unit pameran baharu, Purrwalk Fashion Show, pertandingan mewarna kanak-kanak, bengkel kraftangan bertemakan kucing, serta Cat Café Zone yang menawarkan pengalaman santai bersama kucing dalam suasana mesra.

Pengunjung juga boleh mengunjungi Cat Adoption Lounge untuk berinteraksi dengan kucing-kucing selamat, selain menikmati persembahan Animal Magic Show dan membeli-belah di gerai barangan bertemakan kucing.

Acara istimewa bertemakan keluarga dan gaya hidup ini menerusi akan berlangsung pada 10 dan 11 Januari 2026 dari 10 pagi hingga 3 petang di Unit Pameran Laman Sendayan 2, bertujuan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengikuti sesi lawatan rumah (house tour), menilai produk perumahan yang ditawarkan serta merasai sendiri gaya hidup yang ditampilkan oleh pembangunan tersebut.

Jangan Lepaskan Peluang Menarik Ini!

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading