WhatsApp Image 2026-01-07 at 10.25.45

Selepas menghasilkan sekuel filem Duyung yang kini sedang ditayangkan di pawagam, Pengarah, Datuk A. Razak Mohaideen dilaporkan akan mempertaruhkan satu lagi filem arahannya, Anak mami jarum : Dalca, Kerabu pada tahun 2026. 

Menurut laman Facebook Brader Filem, karya itu akan dibintangi oleh Rozita Che Wan, Shiela Mambo, Sabri Yunus, Saiful Apek, Amir Raja Lawak dan barisan pelakon-pelakon baharu.

Filem ini adalah kesinambungan daripada Anak Mami The Movie yang pernah popular, membawa kembali jenama “Anak Mami” untuk peminat lama dan memperkenalkan cerita baru kepada generasi muda.

Namun begitu, poster filem Mami Jarum yang mula tersebar di media sosial kini mengundang kritikan dalam kalangan peminat filem tempatan.

“Tengok poster lepastu tengok font dah tahu tahap cerita sampah level berapa. Filem-filem dia ni semua tak ada kualiti. Sesuai ditayang di RTM sahaja,” komen seorang pengguna FB, Muyassarah.

“Kalau arahan dari dia ni faham-faham je lah kualiti dan style filem dia mcm mana, masih lagi stuck macam dulu, lakonan pelakon akan jadi over acting klise. Lebih baik dia jadi penerbit dan upah lebih pakar mengarah filem,” kata Tatang.

@razakmohaideen

Alhamdullilah, selesai sudah sesi bacaan skrip Anak Mami Jarum. Kini menari untuk memulakan pengambaran pada 3.11.25. Terima kasih kepada semua Pelakon, krew dan penaja yang membantu dalam menjayakan filem ini.

♬ original sound – razakmohaideen – razakmohaideen

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading