WhatsApp Image 2026-02-07 at 22.02.17

Shah Alam – Jenama fesyen Bayu Somerset, terkenal dengan corak ceria dan rekaan berwarna terang, hari ini melancarkan koleksi Raya 2026 bertajuk #somerSYOKraya26, menandakan perayaan kreativiti, gaya dan ekspresi diri. Pelancaran ini bersamaan dengan pembukaan outlet terbaru Bayu Somerset di Central i-City, menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih eksklusif kepada pelanggan.

Koleksi kali ini menampilkan 50 corak unik, lebih lima siluet baharu, tujuh set keluarga serta tujuh rekaan mewah, direka khas untuk mengekalkan gabungan gaya fesyen perayaan yang elegan dan keselesaan harian.

Tiga Kolaborasi Artistik Menyuntik Identiti Unik

Meneruskan tradisi menggabungkan seni dan fesyen, Bayu Somerset memperkenalkan tiga kolaborasi eksklusif yang menonjolkan kreativiti tersendiri:

  • Arif Rafhan: Mengolah motif batik klasik dengan sentuhan estetika berani Bayu Somerset serta palet warna ceria, menghasilkan busana Raya tradisional dengan nafas moden.
  • Bunga dan Bintang: Membawa unsur floral lembut berona pastel, menambah sentuhan manis dan feminin pada koleksi Raya.
  • Machino: Kolaborasi kejutan yang memadukan bunga Hana ikonik mereka dengan corak batik khas Bayu Somerset. Susunan bunga Hana mengelilingi corak utama, manakala palet warna hangat berinspirasikan musim luruh melengkapkan identiti Machino, menjadikan rekaan ini mudah dikenali sebagai ciptaan Bayu Somerset.

Selain pakaian, kolaborasi ini turut menampilkan empat rekaan kasut eksklusif dan empat gaya skarf, menawarkan pilihan serbaguna untuk Raya dan penggayaan harian.

Menurut Dania Kamalul, Ketua Pemasaran Bayu Somerset, tujuh set keluarga serta tujuh rekaan mewah turut diperkenalkan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menyambut Syawal dengan penuh gaya.

“Bayu Somerset adalah penyatu harmoni. Walaupun siluet kami berakar daripada warisan budaya Malaysia, warna dan corak yang kami tampilkan adalah moden dan berani. Melalui tiga kolaborasi ini, kami menggabungkan tradisi dengan seni kontemporari, menghasilkan koleksi yang meraikan warisan dan gaya masa kini.”

Pelancaran koleksi turut diserikan dengan penampilan selebriti tempatan. Anzalna Nasir tampil anggun dalam Inara Kurung Cempaka Puteh daripada koleksi Bayu Somerset x Arif Rafhan. Sementara itu, Liza Hanim dan anak perempuannya menyerlah dalam set kebaya Agnes Kotabaru rona Murni Blue dan Green, menekankan tarikan koleksi yang mesra keluarga.

Seiring pelancaran, Bayu Somerset turut memperkenalkan jingle rasmi pertama mereka, menampilkan vokal Aisha Retno, bintang muda yang sedang meningkat naik. Lirik lagu seperti “I wanna be bold, I wanna be loud” merangkum falsafah jenama menjadikan Bayu Somerset sebagai jenama fesyen yang memberi keyakinan kepada individu pelbagai saiz, jantina dan usia untuk tampil berani menerusi warna dan gaya.

“Sejak hari pertama, matlamat kami adalah untuk mencipta fesyen yang membina keyakinan untuk semua, tanpa mengira saiz, jantina atau usia. Menerusi #somerSYOKraya26, kami berharap semua orang dapat berasa bangga, bergaya dan selesa menjadi diri sendiri sambil menyambut Raya.” tambahnya lagi.

Koleksi #somerSYOKraya26 menekankan gabungan tradisi, seni dan moden, memperkukuh reputasi Bayu Somerset sebagai jenama fesyen tempatan yang inovatif dan relevan untuk semua lapisan masyarakat.

Koleksi Raya #somersSYOKraya26 ditawarkan dalam saiz XXS hingga 5XL dengan harga bermula RM99, boleh didapati di semua outlet Bayu Somerset di seluruh negara termasuk. outlet baharu Central i-City, serta secara dalam talian di www.bayusomerset.com.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading