Setia Alam- Arora Beauty Spa memacu revolusi penjagaan kulit profesional dengan satu pencapaian besar dalam industri kecantikan tempatan dengan melancarkan lima cawangan Arora Beauty Spa secara serentak di seluruh Malaysia.
Langkah ini menandakan komitmen kuat mereka untuk menawarkan pengalaman penjagaan kulit wajah profesional bertaraf antarabangsa kepada rakyat Malaysia.

Pengasas Arora Skincare, Shahirra Shahrul Asmawi menyifatkan pembukaan serentak ini sebagai anjakan positif dalam mengembangkan lagi jenama ini.
“Kita ada lima buah cawangan antaranya Setia Alam, Ipoh, Seri Manjung, Seberang Jaya, dan Cyberjaya. Para pelanggan berpeluang mencuba dan merasai tekstur produk disamping membuat analisis kulit wajah serta rawatan spa.
Dengan pelancaran ini, Arora bukan sahaja mahu mendekatkan diri kepada pelanggan, tetapi juga memperlihatkan nilai jenama mereka sebagai sebuah penyedia solusi penjagaan kulit wajah holistik dan komprehensif.


“Arora sebelum ini sudah terkenal dengan produk penjagaan kulit wajah termasuk rangkaian ampoule, sabun pencuci, dan pelindung kulit yang dirumus khas untuk merawat pelbagai masalah kulit wajah.
“Produk kami keseluruhannya menggunakan bahan-bahan semulajadi yang telah melalui kajian dan ujian makmal (R&D) bagi memastikan keberkesanan dan selamat digunakan” ujarnya kepada media selepas majlis pelancaran.
Produk Arora diyakini berkesan, berkualiti tinggi, dan sesuai untuk semua jenis kulit wajah kerana formulanya menggabungkan bahan-bahan semula jadi yang diimport khusus untuk hasil optimum.
Kini, melalui Arora Beauty Spa, pelanggan boleh merasai rawatan profesional yang lebih mendalam antaranya; analisis kulit menggunakan face analyzer machine, rawatan kecantikan yang disesuaikan mengikut jenis kulit wajah dan banyak lagi. Perkhidmatan ini mewujudkan standard penyelesaian dari dalaman dan luaran, dimana pelanggan bukan hanya membeli produk, tetapi benar-benar memahami dan menjaga kulit wajah mereka dengan lebih tepat.

Beliau turtut menegaskan bahawa pendekatan yamg dibawa berbeza daripada spa biasa yang sering mengikat pelanggan dengan pakej mahal. Di sini, pelanggan diberikan pilihan servis mengikut keperluan kulit wajah dan bajet masing-masing tanpa paksaan pakej.
Konsep ini disambut baik oleh ramai pelanggan kerana memberi kebebasan serta kejelasan terhadap pilihan rawatan disamping memberi pengalaman baik kepada pelanggan.
Dalam majlis pelancaran ini juga, selebriti terkenal Izara Aishah dan Dr. Muhamad Hazwan Nazri atau lebih dikenali Dr1 Share turut hadir memeriahkan suasana.
Beliau memuji teknologi rawatan Arora yang terbukti setanding dengan standard luar negara.
Selain itu, Arora turut merancang untuk melangkah pasaran antarabangsa, termasuk negara seperti Singapura Brunei, Indonesia dan Nigeria.

Ini membuktikan keyakinan dan penerimaan negara luar terhadap keupayaan produk dan perkhidmatan buatan Malaysia untuk bersaing di peringkat serantau.
Sempena meraikan pembukaan lima cawangan ini, Arora Beauty Spa menawarkan baucer eksklusif bernilai RM175 untuk 100 pelanggan pertama sehingga sehingga 28 Februari ini bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mencuba pengalaman rawatan premium dengan nilai istimewa.
Pembukaan serentak 5 spa Arora menunjukkan bahawa jenama tempatan bukan sahaja mampu bertahan dalam industri yang kompetitif, tetapi juga berkembang dengan standard penjagaan kulit wajah yang setanding dengan perkhidmatan antarabangsa. Dari produk penjagaan kulit wajah yang dipercayai ramai hingga pengalaman rawatan profesional, Arora terus membawa revolusi dalam dunia kecantikan di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut sila layari aroraskincarehq.com.my atau Whatsapp ke 017-993 7769
