Samsung telah mengumumkan pengalaman kamera Galaxy yang lebih lancar dan intuitif, direka khas untuk memudahkan penciptaan kandungan secara langsung dari telefon Galaxy anda tanpa perlu menggunakan banyak aplikasi atau alat penyuntingan yang kompleks. Teknologi ini dijangka akan dibongkar sepenuhnya pada acara Galaxy Unpacked Februari 2026.
Dengan kemampuan ini, pengguna kini boleh melakukan perkara seperti:
- Menukar foto siang menjadi suasana malam dalam masa beberapa saat.
- Memulihkan bahagian objek yang hilang dalam gambar — contohnya seperti “mengembalikan” bahagian kek yang hilang.
- Gabungkan beberapa foto menjadi satu imej yang lengkap dan padu.
Keupayaan ini dahulu memerlukan kemahiran profesional dan masa panjang untuk suntingan. Namun kini, semuanya boleh dilakukan dalam beberapa minit sahaja, terus dari telefon Galaxy hanya dengan memberi arahan dalam bentuk ayat biasa.
Galaxy AI terkini menjadi asas kepada evolusi sistem kamera ini, menggabungkan ciri tangkapan, suntingan dan perkongsian dalam satu platform yang mudah difahami. Ini menjadikan proses kreativiti lebih cepat, intuitif dan semula jadi tanpa perlu bertukar-tukar aplikasi.
Fokus utama sistem ini adalah untuk memastikan kreativiti tidak dibatasi oleh tahap kemahiran teknikal atau pengalaman pengguna. Dengan ini, semua pengguna daripada peminat foto hingga pencipta video — dapat merakam video bersifat sinematik, mengesan bintang di langit malam dan menangkap foto berkualiti tinggi walaupun dalam keadaan cahaya rendah. Proses suntingan juga menjadi lebih mudah hanya dengan menerangkan hasil yang diinginkan menggunakan beberapa perkataan sahaja.
Nantikan pengalaman kamera Galaxy yang paling mudah dan mesra pengguna setakat ini, akan dipertontonkan secara rasmi pada minggu pelancaran Galaxy Unpacked Februari 2026.
