WhatsApp Image 2026-02-19 at 11.11.38

KUALA LUMPUR Batik Air semakin mengukuhkan kedudukannya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) sebagai salah satu hab penerbangan utama untuk laluan domestik dan serantau. Ini mmebuktikan kesungguhan dan juga satu strategi yang dilihat penting bagi perkembangan syarikat serta kemudahan penumpang di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy, syarikat itu merancang strategi jangka panjang termasuk penambahan 10 pesawat baharu daripada armada sedia ada yang dijangka memberi lebih fleksibiliti kepada rangkaian penerbangan mereka. Ini termasuk penekanan untuk memaksimumkan operasi di Subang, di mana permintaan terhadap perkhidmatan penerbangan terus meningkat.

Lapangan Terbang Bandar Yang Strategik

Berbeza dengan KLIA yang jauh dari pusat bandar, LTSAAS hanya beberapa minit dari Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam. Lokasinya yang strategik ini menjadikan perjalanan ke lapangan terbang lebih mudah, kurang tekanan, dan amat sesuai untuk keluarga yang membawa anak kecil atau warga emas.

Selain itu, suasana terminal yang lebih kecil dan santai juga membantu traveller mengelak kesesakan dan menunggu lama dan tidak perlu melalui pengalaman yang sering menjadi masalah di lapangan terbang besar.

Dengan kekosongan kapasiti yang tersedia di Subang, Batik Air melihat peluang untuk menambah lebih banyak laluan penerbangan baru dari situ, termasuk destinasi domestik serta hub serantau yang popular. Ini termasuk penerbangan ke Bangkok (Thailand), Jakarta (Indonesia), Singapura serta beberapa bandar utama di dalam negara seperti Kota Kinabalu, Kuching, Langkawi, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Bharu.

Batik Air, antara penerbangan utama di Subang, menawarkan bagasi percuma 20 kilogram pergi dan balik. Ini menjadi satu kelebihan besar terutama bagi keluarga yang membawa banyak kelengkapan dan barang peribadi.

Selain itu, kerusi dengan ruang kaki lebih luas (legroom) membolehkan penumpang duduk lebih selesa. Keselesaan ini bukan sekadar kemewahan, tetapi keperluan asas untuk perjalanan jauh tanpa rasa penat.

Chandran turut menambah, Batik Air turut menyatakan sokongan mereka terhadap projek pembangunan semula dan pengembangan terminal di LTSAAS bernilai kira-kira RM1.3 bilion. Projek ini dirangka bukan sahaja untuk memperbaiki infrastruktur sedia ada, tetapi juga untuk menjana pulangan ekonomi yang signifikan dalam jangka panjang dengan potensi pendapatan tahunan yang tinggi kepada negara.

Dengan penerbangan dari Subang yang lebih santai, penumpang dapat memulakan percutian mereka tanpa stres, lebih fokus untuk menikmati pengalaman di destinasi, dan seluruh jadual perjalanan menjadi lebih teratur.

Strategi Batik Air di Subang bukan sahaja memberikan lebih pilihan kepada penumpang dari segi jadual dan destinasi, tetapi turut memberi impak positif kepada kemudahan perjalanan dengan lebih banyak pilihan penerbangan terus dari lapangan terbang yang hampir dengan pusat bandar.

Disamping menggalakkan pertumbuhan sektor pelancongan dan perniagaan, secara tidak langsung dapat mengurangkan kesesakan di KLIA.

Dari Langkawi ke Tashkent: Rangkaian Luas, Pilihan Lebih Fleksibel Bersama Batik Air

Langkawi terus memikat hati pelancong dengan gabungan pantai indah, panorama matahari terbenam dan suasana santai yang sesuai untuk percutian keluarga mahupun pasangan. Antara tarikan ikoniknya termasuk Langkawi Sky Bridge yang menawarkan pemandangan memukau dari puncak Gunung Mat Cincang.

Menariknya, Langkawi kini bukan sekadar destinasi percutian tempatan. Melalui penerbangan terus ke Tashkent, pelancong berpeluang meneroka pengalaman baharu di Asia Tengah daripada seni bina bersejarah hingga budaya yang kaya dengan pengaruh Laluan Sutera. Laluan ini sekali gus membuka pilihan percutian yang lebih unik buat rakyat Malaysia.

Destinasi Domestik & Serantau Semakin Strategik

Selain Langkawi, Penang kekal sebagai pilihan “short getaway” yang sarat dengan warisan, makanan dan seni budaya. Di Borneo pula, Kota Kinabalu menawarkan gabungan alam semula jadi, laut membiru dan kepelbagaian budaya yang sukar ditandingi.

Bermula Mac 2026, Kota Kinabalu bakal mempunyai penerbangan terus ke Singapura. Laluan sama turut ditawarkan dari Ipoh dan Penang, sekali gus memperkukuh jaringan penerbangan serantau dan memudahkan perjalanan perniagaan serta pelancongan.

Jaringan Melangkaui Sempadan

Kekuatan utama Batik Air terletak pada rangkaian destinasinya yang luas merangkumi lebih 63 destinasi di 20 negara. Selain bandar domestik seperti Alor Setar, Kuching, Miri, Sandakan, Sibu dan Tawau, syarikat penerbangan ini turut menghubungkan penumpang ke pelbagai destinasi antarabangsa termasuk:

  • Dubai
  • Jeddah
  • Maldives
  • Australia
  • Jepun
  • Hong Kong
  • India
  • China
  • Vietnam
  • Bandar-bandar utama Indonesia seperti Bali, Jakarta, Lombok, Medan, Surabaya dan Yogyakarta.

Tidak lama lagi, Colombo turut akan menyertai rangkaian ini bermula Mac 2026, menjadikan pilihan perjalanan semakin meluas.

Bagi penumpang yang menginginkan pengalaman lebih eksklusif, Business Class Batik Air ditawarkan pada harga bermula serendah RM399 sehala. Dengan pilihan tambang Super Value, Value dan Flexi, penumpang boleh menyesuaikan keperluan perjalanan mengikut bajet dan fleksibiliti yang diingini.

Di samping itu, Batik Air turut menyediakan tambang istimewa dengan proses tempahan yang mudah dan tersusun. Pelajar kolej dan universiti di Malaysia sama ada institusi awam atau swasta serta tenaga pengajar boleh menikmati program khas selepas melalui proses pendaftaran dan pengesahan dokumen.

Bagi traveller yang mahukan pengalaman bercuti bebas tekanan, terbang dari Subang adalah pilihan ideal. Dengan akses mudah, penerbangan selesa, bagasi percuma, dan rangkaian destinasi yang luas, permulaan perjalanan menjadi lebih tenang dan menyeronokkan, benar-benar stress-free travel yang sesuai untuk gaya hidup moden.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading