DEMI memastikan kepuasan maksimum buat para peminat serta menjamin kualiti terbaik sebelum ‘membuka panggung’ bagi konsert solo sulungnya, penyanyi Nourul penjadualan semula konsert For You Nourul.
Konsert yang sebelum ini dijadual berlangsung pada 17 April 2026 kini ditunda ke 30 Mei 2026.
Menurut pihak penganjur, ND Entertainment keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan bersama Nourul bagi memastikan acara yang cukup bermakna sepanjang lebih tiga dekad penglibatannya dalam industri hiburan itu dapat direalisasikan dalam suasana terbaik.
“Pihak penganjur dan Nourul telah berbincang dan bersetuju untuk menjadualkan semula tarikh For You Nourul kepada 30 Mei 2026.
“Pertimbangan ini dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk menghormati dan memberi laluan kepada dua perayaan penting umat Islam iaitu Aidilfitri serta Aidiladha.
“Selain itu, kami percaya pemilihan tarikh 30 Mei 2026 sangat sesuai bagi memberi ruang kepada peminat menyusun semula bajet selepas musim perayaan.
“Kami mahu For You Nourul menjadi hari keraian khas untuk Nourul dan peminat dalam suasana yang lebih selesa dan meriah,” jelas wakil penganjur.
