Kuala Lumpur – ShopBack, salah satu perkhidmatan memfokuskan kepada pulangan tunai untuk beli-belah, kini menyatakan akan menamatkan sokongan ShopBack Pay di Malaysia, berkuat-kuasa 25 Mac 2026. Dengan perubahan ini, pilihan pembayaran menggunakan ShopBack Pay tidak lagi akan ditawarkan pada aplikasi ShopBack.
Disamping itu, pihak ShopBack turut menyatakan pengguna tidak akan menerima “Return Cashback” untuk ShopBack Pay berkuat-kuasa 2 Mac 2026.
Pihak ShopBack mengatakan perkhidmatan lain dibawah mereka akan beroperasi seperti biasa di Malaysia buat masa ini, dan akan terus memperkembangkan lagi ekosistem mereka. Untuk makluman, sebelum ini pada 2024 lepas, pihak ShopBack turut telah menamatkan penawaran ShopBack PayLater dibawah mereka.
