Samsung Galaxy A Series yang baharu telah dilancarkan secara rasmi baru-baru ini dan telefon pintar popular Galaxy ini akan mula ditawarkan di Malaysia dari 10 April 2026.
Ditangan kami telah tiba sebuah unit Samsung Galaxy A57 5G yang ditawarkan didalam dua varian iaitu 12/256GB dan 12/512GB pada harga promosi serendah dari RM 2,049 sahaja.
Berikut adalah pandang pertama Samsung Galaxy A57 5G yang tampil lebih premium, lebih berkuasa dan sistem kamera malam yang lebih baik.

Galaxy A57 5G tampil sebagai model paling nipis dalam sejarah siri Galaxy A iaitu hanya 6.9mm dengan berat 179gram. Ia menggabungkan reka bentuk premium yang sleek dan ianya amat jarang ditawarkan pada telefon pintar kelas harga yang setaraf.
Sebagai perbandingan dengan Galaxy A56 5G yang dilancarkan tahun lalu, Galaxy A57 5G adalah 0.5mm lebih nipis dan 20 gram lebih ringan yang menjadikanya sangat selesa untuk digunakan walaupun untuk tempoh yang berpanjangan.

Nightography Lebih Hidup
Fotografi Malam pada Samsung Galaxy A57 5G kini lebih baik dengan hasil gambar yang hampir setaraf dengan gambar yang diambil pada waktu siang. Selain fotografi, video pada waktu malam juga lebih baik.
Semua ini menjadi realiti dengan kuasa pemprosesan 4x lebih pantas, sensor yang lebih besar dan mod Super HDR yang lebih baik.
Samsung Galaxy A57 ni ada Awesome Camera untuk merakam gambar dan video lagi clear, pada waktu siang dan malam, kerana ada fungsi sensor pixel yang lagi besar. Jadi, hasil gambar nampak lagi sharp dan detail dalam macam-macam lighting, tak perlu nak adjust manual.

Selain keupayaan Nightography, Samsung Galaxy A57 5G turut menampilkan rekaan yang lebih kemas, moden dan diperhalusi. Dengan ketebalan hanya 6.9mm serta bezel yang lebih nipis, peranti ini memberikan pengalaman pegangan yang selesa di samping menyerlahkan ciri premium.
Dari aspek fungsi, peranti ini turut dilengkapi dengan ciri kecerdasan buatan (AI) yang telah dipertingkatkan, termasuk integrasi Circle to Search bersama Google. Selain itu, ia juga menawarkan pelbagai alat kegemaran pengguna seperti Filters, Edit Suggestions dan Best Face bagi meningkatkan pengalaman penyuntingan imej.
Kesemua penambahbaikan ini membantu memudahkan urusan harian pengguna dengan lebih cekap, pantas dan praktikal, sekali gus membolehkan tugasan diselesaikan dengan hanya beberapa sentuhan.

Paparan Lebih Jelas
Bersedia untuk menikmati pengalaman visual yang inersif dengan Galaxy A57 5G. Ianya memiliki skrin paparan FHD+ Super AMOLED Plus berukuran 6.7-inci hadir dengan bezel yang lebih nipis, memberikan paparan tanpa gangguan. Sama ada anda menonton, melayari atau bermain game, paparan kekal jelas dengan Vision Booster.

Samsung Galaxy A57 5G anda hadir dengan sokongan perisian jangka panjang, membolehkan anda menggunakannya untuk tahun-tahun akan datang. Ia menyokong sehingga 6 kali kemaskini OS, memberi anda cara baharu yang lebih mudah untuk mencipta, berhubung dan kekal produktif. Tambahan pula, anda turut akan menikmati sehingga 6 tahun kemaskini keselamatan dan penyelenggaraan untuk memastikan peranti sentiasa dilindungi daripada ancaman.

2 Hari Jangka Hayat Bateri
Samsung Galaxy A57 5G hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang dikatakan berupaya untuk menawarkan sehingga 2 hari penggunaan tanpa perlu mengecas semula. Ianya juga turut disertakan bersama ciri pengecasan pantas Super Fast Charging 2.0 yang membolehkan 60% pengecasan dicapai didalam masa 30 minit sahaja.

Dapatkan Samsung Galaxy A57 5G sekarang
Samsung Galaxy A57 5G kini ditawarkan dalam warna Awesome Navy, Awesome Gray dan Awesome Icyblue pada harga RM 2,049 bagi versi 12/256GB dan RM 2,199 bagi versi 12/512GB.
Harga ini adalah selepas mengambil kira Promosi Rebat Pelancaran (RM 300) yang ditawarkan dari 25 Mac 2026 hingga 31 Disember 2026 dan Rebat Bank/Shopee PayLater (RM 200) yang akan ditawarkan dari 25 Mac 2026 hingga 29 April 2026.
