TB_Logo Zakat Selangor_Zakat Selangor

Kuala Lumpur – Lembaga Zakat Selangor menegaskan bahawa institusi itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes penyelewengan dana yang sedang disiasat pihak berkuasa ketika ini.

Menurut kenyataan rasmi, kes berkenaan sebenarnya melibatkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan bukan institusi zakat negeri. Sehubungan itu, Zakat Selangor menafikan sebarang penglibatan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam isu tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khaidzir Shahari memaklumkan bahawa pihaknya tidak akan mengulas lanjut mengenai kes berkenaan memandangkan siasatan masih berjalan.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan bahawa Zakat Selangor beroperasi di bawah seliaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta mematuhi undang-undang dan garis tadbir urus yang ketat. Pengurusan dana zakat juga melalui pelbagai peringkat pemantauan termasuk audit dalaman dan luaran bagi memastikan ketelusan serta integriti sentiasa terpelihara.

Pihak Zakat Selangor turut menekankan komitmen mereka dalam menentang sebarang bentuk penyalahgunaan dana zakat dan memastikan setiap sumbangan diuruskan secara bertanggungjawab mengikut prosedur yang ditetapkan.

Orang ramai dinasihatkan agar mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi bagi mengelakkan kekeliruan, selain tidak menyebarkan berita tidak sahih yang boleh menjejaskan keyakinan terhadap institusi zakat.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mengesahkan bahawa siasatan kes penyelewengan melibatkan dana kira-kira RM230 juta setakat ini tidak membabitkan mana-mana institusi zakat di negara ini.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading