Michael-Jackson-3058928609

Filem biopik ‘Michael’ mengenai kehidupan dan legasi Raja Pop, Michael Jackson menduduki tangga teratas carta pecah panggung Amerika Utara dengan kutipan pembukaan AS$97 juta hujung minggu ini.

Filem arahan Antoine Fuqua itu menampilkan Jaafar Jackson, anak saudara kepada Michael Jackson sebagai watak utama dan mengisahkan perjalanan mendiang bermula daripada bintang kanak-kanak hingga menjadi ikon pop dunia.

Penganalisis David A. Gross menyifatkannya sebagai pembukaan tersebut memecah rekod bagi biografi muzik.

Filem itu turut mencatat kutipan global hampir AS$220 juta setakat ini.

Di tempat kedua ialah The Super Mario Galaxy Movie dengan AS$21.2 juta menjadikan jumlah globalnya melebihi AS$775 juta selepas tiga minggu mendahului carta.

Tempat ketiga disandang Project Hail Mary lakonan Ryan Gosling dengan AS$13.2 juta dan hampir AS$600 juta kutipan global.

Sementara itu, The Mummy di tangga keempat (AS$5.6 juta) dan The Drama di tempat kelima (AS$2.6 juta) menjadikan jumlah keseluruhan global filem terakhir itu sekitar AS$80 juta. -AFP

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading