KUALA LUMPUR – Festival pelancongan berskala nasional, Rain Rave Water Music Festival 2026, dijangka menjadi antara acara paling meriah tahun ini apabila bakal berlangsung dari 30 April hingga 2 Mei 2026 di Bukit Bintang.
Acara anjuran The Fame dengan sokongan Tourism Malaysia ini tampil dengan konsep unik yang menggabungkan elemen muzik, air dan hiburan interaktif, sekali gus menawarkan pengalaman berbeza kepada pengunjung tempatan mahupun antarabangsa.
Festival ini bukan sahaja menjanjikan suasana penuh tenaga dan keseronokan, malah dilihat sebagai platform penting dalam memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan di rantau ini.


Seiring dengan penganjuran acara tersebut, JOMHOTEL.COM telah dilantik sebagai platform tempahan hotel rasmi. Pelantikan ini bertujuan memudahkan pengunjung mendapatkan penginapan berhampiran lokasi festival, khususnya apabila beberapa laluan utama dijangka ditutup sepanjang tempoh acara berlangsung.
Sebagai platform tempahan hotel dalam talian milik tempatan, JOMHOTEL.COM menawarkan kadar harga yang kompetitif dan berpatutan kepada pengunjung yang ingin menginap di sekitar kawasan Bukit Bintang.
Menariknya, platform ini memperkenalkan konsep same-day stay, iaitu tempahan hanya boleh dibuat untuk penginapan pada hari yang sama. Sebagai contoh, tempahan pada 30 April hanya sah untuk malam tersebut, dan pengguna perlu membuat tempahan baharu sekiranya ingin melanjutkan penginapan ke hari berikutnya.

Pendekatan ini membolehkan JOMHOTEL.COM menawarkan harga yang lebih rendah berbanding tempahan konvensional, sekali gus memberi nilai tambah kepada pengguna yang memerlukan penginapan segera dengan kos lebih menjimatkan.
Dalam masa sama, pihak JOMHOTEL.COM turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur dan Tourism Malaysia atas kerjasama yang terjalin dalam menjayakan festival ini, yang dilihat mampu merancakkan lagi sektor pelancongan domestik.
Orang ramai juga digalakkan untuk menyertai program keahlian JOMHOTEL.COM bagi menikmati pelbagai tawaran eksklusif serta diskaun menarik sepanjang tahun.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, orang ramai boleh melayari laman web rasmi http://www.jomhotel.com
