AISYAH 40 CHAPTERS OF LOVE

KUALA LUMPUR, 29 April -- Lebih empat dekad mewarnai industri muzik tanah air, penyanyi tersohor tanah air Datuk Aishah bakal mengadakan konsert solo berskala besar menerusi ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ yang dijadual berlangsung di Megastar Arena, di sini pada 4 Julai depan. Konsert istimewa anjuran Vox Nation Live itu bukan sahaja meraikan perjalanan seni pemilik nama penuh Wan Aishah Wan Ariffin ini sejak era 1980-an, tetapi turut membawa makna tersendiri buat beliau. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR – Legenda seni suara tanah air, Datuk Aishah bakal mengubat rindu peminat menerusi konsert solo berskala besar ‘Aishah 40 Chapters of Love’ pada 4 Julai depan di Megastar Arena.

Konsert tersebut menjadi simbolik sambutan empat dekad perjalanan seni Datuk Aishah yang akan menghimpunkan lagu-lagu ikonik seperti Janji Manismu, Camar Yang Pulang dan Kemaafan Dendam Yang Terindah.

“Konsert itu merupakan hadiah istimewa buat peminat setia yang sentiasa menyokong kerjayanya, selain menjanjikan persembahan penuh emosi dan nostalgia,” kata Datuk Aishah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Vox Nation Live, Shawn Chang menyifatkan konsert berkenaan sebagai penghormatan kepada legasi seni Aishah, dengan pengalaman produksi bertaraf tinggi yang bakal menyentuh perasaan penonton.

Tiket Aishah 40 Chapters of Love mula dijual hari ini dengan pada harga RM168 hingga RM788 melalui secara dalam talian.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading