web-push-1200x630-3

LONDON – Dokumentari mengenai serangan Israel terhadap petugas kesihatan di Gaza, ‘Gaza: Doctors Under Attack’, meraih anugerah Program Hal Ehwal Semasa Terbaik di Anugerah TV BAFTA.

Dokumentari itu pada asalnya ditempah oleh BBC, namun penyiar berkenaan memutuskan untuk tidak menayangkannya dengan alasan kebimbangan terhadap isu “ketidakberpihakan” dalam proses penerbitan filem itu.

Pengarah dokumentari, Ramita Navai, mengkritik keputusan BBC ketika ucapan penerimaannya dan mengucapkan terima kasih kepada Channel 4 kerana menyiarkan dokumentari itu.

Ujar Ramita, mereka enggan dibungkam dan ditapis dan berterima kasih kepada Channel 4 kerana menayangkan filem ini.

Sementara itu, penerbit eksekutif dokumentari berkenaan, Ben de Pear, turut mempersoalkan sama ada BBC akan menggugurkan pasukan penerbit dokumentari itu daripada tayangan rasmi BAFTA.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading