hq720 (1)

Amazfit telah membawa masuk jam tangan baharu Cheetah 2 Pro ke pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pelari, terutamanya marathon dengan ciri seperti larian berstruktur, latihan kekuatan dan sokongan pemulihan yang digabungkan dalam satu sistem persediaan rapi. Kesemua ini bertujuan membantu pelari mengekalkan fokus sepanjang maraton.

Cheetah 2 Pro hadir dengan skrin AMOLED 1.32 inci, kadar segar semula 60Hz serta kecerahan puncak 3000 nits. Selain itu, ia dilindungi Sapphire Glass dengan rangka titanium gred 5, butang aloi aluminium dan bezel plastik. Ia turut dilengkapi sensor BioTracker 6.0 PPG, cahaya ambien, suhu serta altimeter barometrik. Di samping itu, ia menyokong sensor dwi-jalur dengan enam sistem satelit, melebihi 170 mod sukan terbina, storan dalaman 32GB serta pengecaman pintar untuk 25 pergerakan latihan kekuatan dan 8 pergerakan sukan.

Untuk larian, tersedia fungsi seperti pelan Zepp Coach, pengurusan tahap larian, bacaan lactate threshold dan running power. Dari segi sambungan, ia menyokong Bluetooth 5.2 untuk Android 7.0 ke atas dan iOS 14.0 ke atas. Sistem operasi Zepp OS 5.0 terbina pula hadir dengan kawalan suara AI Zepp Flow, mikrofon dan pembesar suara terbina dalam untuk panggilan Bluetooth serta sokongan Alexa.

Cheetah 2 Pro dijual di Malaysia pada harga RM2,099. Ia boleh dipratempah bermula hari ini manakala jualan rasmi akan bermula pada 14 Mei 2026. Jam tangan ini ditawarkan melalui laman web rasmi serta pengedar sah seperti Shopee, Lazada dan TikTok.

Pelanggan yang membuat pratempah akan menerima kemeja-T Amazfit dan pengering rambut selagi stok masih ada. Menurut Amazfit, harga asal ini mungkin berbeza mengikut saluran jualan kerana struktur kempen seperti baucar pembelian.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading