galaxy-watch9-vitals-1000x543

Apabila jerebu menyelubungi ruang udara, aktiviti seperti berlari di luar, berbasikal dan mendaki pada hujung minggu mungkin terpaksa ditangguhkan. Namun, perubahan keadaan persekitaran tidak bermakna usaha menjaga kesejahteraan diri perlu dihentikan.

Bagi rakyat Malaysia, kuncinya adalah menyesuaikan rutin dan bukannya meninggalkan amalan hidup sihat. Daripada menggantikan larian di luar dengan sesi senaman menggunakan treadmill hinggalah mengutamakan pengambilan air yang mencukupi serta pemulihan tubuh, perubahan kecil dapat membantu mengekalkan gaya hidup seimbang walaupun lebih banyak masa dihabiskan di dalam bangunan.

Samsung Galaxy Watch9 dan Watch Ultra2, yang dipadankan dengan Samsung Health, menawarkan ciri bersepadu bagi menyokong rutin kesejahteraan harian ini. Daripada menjejak senaman di dalam bangunan dan memantau tidur hinggalah memberikan maklumat peribadi melalui ciri Sleep Coaching, Energy Score, Antioxidant Index serta peringatan pengambilan air, ekosistem ini membantu pengguna memahami keadaan diri dan kekal bermotivasi apabila rutin harian berubah.

1. Kekal Aktif dengan Senaman di Dalam Bangunan

Apabila jerebu menjejaskan aktiviti luar, beralih kepada senaman di dalam bangunan dapat membantu mengekalkan konsistensi rutin kecergasan. Aktiviti seperti berlari menggunakan treadmill, berbasikal statik, latihan kekuatan dan regangan merupakan alternatif praktikal kepada senaman di luar.

Allison Yee, atlet triatlon kebangsaan dan pencipta kandungan kecergasan yang mempunyai lebih daripada 350,000 pengikut di media sosial, baru-baru ini meraih tempat ketiga dalam kategori wanita separuh maraton Malaysia di Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2026. Beliau menjadikan latihan di dalam bangunan sebagai pilihan apabila keadaan jerebu menyebabkan aktiviti senaman di luar kurang sesuai. Baginya, keadaan ini merupakan peluang untuk memberikan tumpuan kepada perkara yang berada dalam kawalannya.

“Teruskan latihan di dalam bangunan dan manfaatkan kemudahan gim untuk berlatih. Gunakan peluang ini untuk memaksimumkan latihan kekuatan dan melakukan senaman berstruktur menggunakan treadmill. Cari keseronokan ketika bersenam dengan mengajak seseorang menemani anda ke gim, mendengar muzik atau menonton video ketika menggunakan treadmill. Pada masa yang sama, berikan tumpuan kepada acara atau perlumbaan yang bakal disertai. Anda hanya mampu mengawal perkara yang berada dalam kawalan anda.”

Bahagian Fitness dalam Samsung Health membantu pengguna meneroka pelbagai senaman yang bersesuaian dengan minat dan tahap kecergasan masing-masing. Apabila dipadankan dengan Galaxy Watch, pengguna boleh menjejak aktiviti senaman dalaman yang disokong, memantau kadar denyutan jantung, merekodkan tempoh senaman dan menyemak data aktiviti bagi memahami perkembangan kecergasan mereka.

Fitness Index turut menjadi antara ciri pada Galaxy Watch terbaharu yang membantu pengguna menilai keberkesanan rutin senaman dengan menganalisis metrik seperti kadar denyutan jantung, VO2 max dan jumlah langkah harian, serta membandingkannya dengan pengguna lain dalam kumpulan setara.Dengan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan fizikal individu secara jelas, ciri ini menyediakan kandungan yang bersesuaian serta matlamat yang diperibadikan bagi membantu pengguna membuat penambahbaikan secara berterusan dan lebih bersasar. Ciri ini juga dapat membantu menjadikan pergerakan harian sebagai satu tabiat yang lebih konsisten.

Ketahui bagaimana Allison memanfaatkan sepenuhnya pelbagai ciri yang ditawarkan oleh Galaxy Watch:

Bagi mereka yang mempunyai jadual harian yang padat, senaman ringkas di rumah, sesi regangan atau beberapa kali pergerakan mencangkung juga mampu memberikan manfaat. Menurut Al Hisham, bapa baharu serta pencipta kandungan dalam bidang makanan, kesejahteraan dan gaya hidup, “Satu lebih baik daripada kosong.” Memulakan langkah kecil dapat membina momentum untuk menjadikan senaman sebagai rutin yang konsisten dari semasa ke semasa.

Ketahui bagaimana beliau mengintegrasikan senaman di dalam bangunan ke dalam rutin hariannya:

Ketika keadaan jerebu berada pada tahap tidak sihat, elakkan aktiviti senaman luar yang berat. Senaman di dalam bangunan juga perlu dipertimbangkan semula sekiranya kualiti udara dalaman tidak baik.

Penuhi Keperluan Nutrisi Tubuh

Senaman hanyalah salah satu aspek dalam mengekalkan kesihatan yang baik. Pemakanan seimbang dan pengambilan air yang mencukupi juga sama penting, terutamanya apabila perubahan rutin harian menyebabkan kita mudah mengabaikan amalan pemakanan sihat.

Samsung Health membantu menerapkan tabiat ini dalam rutin harian melalui ciri yang disokong oleh Galaxy Watch. Bagi mereka yang melakukan senaman di dalam bangunan sehingga berpeluh, ciri Nutrition Alert menyediakan panduan penghidratan dengan menganggarkan kehilangan peluh berdasarkan berat badan, sekali gus membantu pengguna memahami keperluan pengambilan air ketika melakukan aktiviti fizikal yang intensif.

Ciri Antioxidant Index juga boleh membantu pengguna memberikan lebih perhatian kepada keperluan nutrisi harian dengan menganggarkan tahap karotenoid dalam kulit menggunakan Sensor BioActive canggih pada Galaxy Watch. Karotenoid ialah pigmen yang terdapat dalam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Oleh itu, ciri ini boleh menjadi peringatan berguna untuk meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan harian.

Dalam hal ini, pakar diet Joey Khor, yang juga pencipta kandungan pemakanan tempatan, menyarankan agar amalan pemakanan sihat dimulakan dengan langkah mudah, praktikal dan realistik, berbanding menunggu masa yang dirasakan benar-benar sesuai untuk bermula.

Ketahui bagaimana beliau memberikan perhatian kepada pemakanan di sini:

“Lakukan senaman di rumah, berjalan atau berlari menggunakan treadmill, amalkan pemakanan secara bijak seperti mengehadkan pengambilan makanan bergoreng dan pastikan tubuh kekal terhidrat. Pilih video senaman di YouTube dan tetapkan matlamat untuk bersenam selama lima minit sahaja. Sebaik sahaja anda mula, lebih mudah untuk meneruskannya kerana momentum sudah terbina.

”Secara keseluruhan, ciri-ciri ini melengkapi fungsi penjejakan aktiviti dalam Samsung Health dengan menggalakkan pengguna melihat aspek kesihatan secara menyeluruh, bukan sekadar senaman, tetapi juga tabiat harian lain yang menyumbang kepada kesejahteraan diri. Walau bagaimanapun, Antioxidant Index bukanlah ukuran langsung status pemakanan secara keseluruhan. Oleh itu, pemakanan seimbang tetap penting.

Tidur Lebih Berkualiti dan Fahami Tahap Tenaga Diri

Rehat merupakan aspek penting dalam mengekalkan kesihatan, terutamanya bagi mereka yang perlu mengimbangi tuntutan kerja, komitmen keluarga dan aktiviti senaman. Jadual tidur yang konsisten, rutin sebelum tidur yang menenangkan serta persekitaran tidur yang selesa dapat membantu meningkatkan kualiti rehat dan pemulihan tubuh.

Dengan Galaxy Watch terbaharu dan Samsung Health, pengguna boleh menyemak tempoh tidur, corak tidur serta maklumat berkaitan untuk memahami tabiat tidur mereka dengan lebih baik.

Ciri Sleep Coaching melangkah lebih jauh dengan menyediakan panduan yang diperibadikan berdasarkan data tidur dan tabiat pengguna yang direkodkan. Maklumat ini membantu pengguna mengenal pasti aspek yang boleh ditambah baik serta membentuk corak tidur yang lebih konsisten.

Ciri Daily Cardio Load dan Energy Score turut membantu pengguna memahami bagaimana pemulihan tubuh boleh mempengaruhi tahap kesediaan mereka sepanjang hari. Sekiranya tidur kurang berkualiti dan Energy Score menunjukkan tahap kesediaan yang lebih rendah, senaman yang lebih ringan atau rehat tambahan mungkin lebih sesuai berbanding sesi latihan berintensiti tinggi.

Daily Cardio Load membantu dalam aspek ini dengan mengukur beban kardiovaskular terkumpul. Dengan mengira beban harian dan kapasiti latihan maksimum, ciri ini memberikan cadangan sasaran latihan serta tempoh rehat yang bersesuaian bagi membantu pengguna mencapai matlamat kecergasan tanpa meningkatkan risiko keletihan melampau atau kecederaan.

Dengan menggabungkan maklumat tidur dan data aktiviti, pengguna dapat membuat keputusan yang lebih tepat tentang bila perlu meningkatkan intensiti latihan dan bila perlu mengutamakan pemulihan. Matlamatnya bukan untuk mencapai tidur yang sempurna atau tahap tenaga maksimum setiap hari, sebaliknya membina rutin yang mampan dengan keseimbangan antara aktiviti fizikal dan rehat.

Pantau Aktiviti dan Kesihatan Jantung

Kekal aktif juga bermakna memahami bagaimana tubuh bertindak balas terhadap aktiviti fizikal.

Galaxy Watch menjejak aktiviti harian, termasuk jumlah langkah dan senaman yang disokong, bagi membantu pengguna memahami bagaimana pergerakan harian menyumbang kepada pencapaian matlamat peribadi mereka. Melalui Samsung Health, pengguna boleh menyemak perkembangan, mengenal pasti corak aktiviti dan menyesuaikan rutin mengikut keperluan.

Pemantauan kadar denyutan jantung dan tekanan darah semasa bersenam turut memberikan maklumat tambahan tentang tindak balas tubuh terhadap pelbagai jenis aktiviti dan tahap intensiti senaman.

Ciri-ciri ini membantu meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan diri, namun tidak menggantikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan. Individu yang mengalami sakit dada, sesak nafas luar biasa atau pening ketika bersenam hendaklah menghentikan aktiviti fizikal dan mendapatkan rawatan perubatan yang sewajarnya.

5. Jadikan Kesejahteraan Sebahagian daripada Kehidupan Harian

Bagi FZHD, seorang pencipta kandungan gaya hidup, konsistensi dalam mengamalkan gaya hidup sihat bermula dengan mewujudkan persekitaran yang memudahkan seseorang membuat pilihan yang lebih baik.

“Mengekalkan gaya hidup aktif dan sihat bukanlah sesuatu yang mudah disebabkan tuntutan kerja, kekurangan motivasi dan keadaan cuaca. Mujurlah, saya mempunyai seorang rakan yang berlatih bersama saya dan sentiasa memberikan galakan untuk saya terus berpegang pada tabiat sihat.”

Pengalaman beliau menunjukkan bahawa motivasi, sokongan daripada orang sekeliling dan rutin yang realistik dapat membantu seseorang kekal komited terhadap kesejahteraan diri.

Ketahui bagaimana FZHD mengekalkan motivasi dengan Samsung Galaxy Watch Ultra2 di sini:

Muhammad Shaffuan, peminat kecergasan dan pelari maraton, berkata:

“Jangan terlalu memberikan tekanan kepada diri sendiri untuk sentiasa produktif setiap masa. Jika keadaan jerebu menyebabkan anda terpaksa berada di dalam rumah, anggaplah ia sebagai peluang untuk memperlahankan rentak kehidupan seketika dan melakukan perkara yang biasanya tidak sempat dilakukan. Aktiviti ringkas seperti bersenam di rumah, menonton filem, membaca atau mengusahakan projek peribadi juga boleh membantu. Paling penting, dengar isyarat tubuh anda dan utamakan penjagaan diri. Jerebu tidak akan berpanjangan, jadi laluilah setiap hari satu demi satu!

”Pegangan beliau mencerminkan bahawa kecergasan merupakan perjalanan sepanjang hayat yang pasti mempunyai pasang surutnya. Mengambil langkah secara berperingkat, menjalani kehidupan sehari demi sehari dan terus bergerak sedikit demi sedikit merupakan kunci untuk mengekalkan gaya hidup cergas yang seimbang dan mampan.

Pengalaman bersepadu Galaxy Watch dan Samsung Health menggabungkan pelbagai ciri yang membantu pengguna meneroka senaman di dalam bangunan, menjejak aktiviti harian, menyemak maklumat tidur, memantau pengambilan air, mengakses ciri pengukuran kesihatan yang disokong serta mendapatkan motivasi tambahan untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat.

Ketika jerebu melanda, rakyat Malaysia disaran untuk terus memantau maklumat rasmi berkaitan kualiti udara, mengehadkan pendedahan kepada udara luar apabila keadaan tidak sihat dan mematuhi panduan kesihatan awam. Senaman di dalam bangunan juga tidak semestinya selamat sekiranya kualiti udara dalaman turut terjejas.

Kesimpulannya, mengekalkan kesejahteraan diri ketika jerebu tidak semestinya bermakna perlu melakukan lebih banyak aktiviti. Sebaliknya, ia boleh dilakukan dengan beralih kepada senaman di dalam bangunan, minum air secara berkala, mengamalkan pemakanan seimbang, mendapatkan tidur yang mencukupi atau meluangkan beberapa minit untuk melakukan regangan.

Dengan sokongan Galaxy Watch dan Samsung Health dalam membantu membentuk tabiat harian yang lebih sihat, langkah kecil yang dilakukan secara konsisten dapat membantu rakyat Malaysia mengekalkan rutin kesejahteraan diri sehingga aktiviti luar dapat disambung semula dengan selamat.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading