VKIDS-36

Putrajaya – Alamanda Shopping Centre bakal membawakan semula Karnival VIKids yang dinanti-nantikan bermula 20 Mei hingga 7 Jun 2026. Bersempena cuti pertengahan penggal sekolah, kempen selama 19 hari ini menjanjikan pelbagai pengalaman interaktif dan aktiviti bertenaga tinggi khusus buat ahli VIKids serta keluarga mereka.

Sebagai pusat beli-belah yang berpaksikan komuniti, Alamanda terus komited menyediakan persekitaran yang selamat, mesra keluarga dan penuh dengan aktiviti riang yang sihat serta bermakna. Karnival tahunan ini menjadi platform utama dalam mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak menerusi pelbagai aktiviti menyeronokkan yang mampu mencipta kenangan indah bersama.

Tahun ini, ruang Centre Court Alamanda akan diubah menjadi sebuah karnival retro-futuristik yang meriah, diinspirasikan daripada estetika neon era 1980-an yang penuh warna-warni. Pengunjung bakal disambut dengan lantai bercorak catur hitam putih klasik, dihiasi elemen nostalgia seperti pita kaset, boombox dan pohon kelapa bercahaya neon.

Karnival ini turut menampilkan empat stesen permainan pesta ria tradisional, zon arked interaktif serta bengkel seni dan kraf kreatif yang dibuka kepada orang ramai. Bagi menambahkan lagi kemeriahan suasana, pelbagai persembahan hujung minggu akan diadakan termasuk Tarian Neon yang penuh bertenaga, Pertunjukan Silap Mata serta aksi Badut Belon yang pasti menceriakan pengunjung cilik dan seisi keluarga.

Menerusi Program Ganjaran Pembeli, ahli VIKids sedia ada yang berbelanja minimum RM300 dalam maksimum dua resit di mana-mana kedai pakar layak menebus dua Pas Karnival percuma. Bagi bukan ahli pula, mereka boleh menikmati ganjaran eksklusif ini dengan perbelanjaan minimum RM500 dalam maksimum dua resit. Setiap Pas Karnival memberikan akses percuma kepada permainan dan aktiviti terpilih, sekali gus menjadikan cuti sekolah lebih menyeronokkan dan bermakna buat kanak-kanak.

Sementara itu, Mesra Mall turut menganjurkan Karnival VIKids tersendiri dari 22 hingga 26 Mei 2026 menerusi konsep aktiviti amali (hands-on) yang direka khas untuk menarik kunjungan keluarga sepanjang musim cuti sekolah.

Bertemakan dunia alat tulis, karnival di Mesra Mall menampilkan ruang bergambar interaktif lengkap dengan bingkai swafoto gergasi yang dihiasi elemen alat tulis berwarna-warni. Dalam usaha merangsang kreativiti kanak-kanak, pusat beli-belah itu turut mengadakan siri bengkel kraf DIY keperluan sekolah setiap hari dari jam 2 petang hingga 6 petang.

Melalui bengkel ini, kanak-kanak berusia bawah 12 tahun berpeluang menghasilkan sendiri pelbagai aksesori sekolah seperti jadual waktu, bekas alat tulis, hiasan pensel dan penanda buku kreatif.

Menurut Francis Tan, Karnival VIKids dianjurkan bagi memberikan nilai bermakna, pendidikan kreatif dan kegembiraan tanpa had kepada komuniti sepanjang musim cuti sekolah.

“Melalui kemeriahan neon dan elemen nostalgia di Alamanda serta bengkel kreatif interaktif di Mesra Mall, kami terus komited menyediakan pengalaman kekeluargaan yang luar biasa demi mencipta kenangan percutian yang tidak dapat dilupakan,” katanya.

MESRA MALL MEMUPUK KREATIVITI MELALUI AKTIVITI BERTEMAKAN ALAT TULIS

Sementara itu, Mesra Mall bakal menganjurkan edisi Karnival VIKids tersendiri dari 22 hingga 26 Mei 2026, dengan pelbagai aktiviti interaktif dan pengalaman amali (hands-on) yang direka khas untuk seisi keluarga sepanjang cuti sekolah.

Mengangkat tema dunia alat tulis yang kreatif dan ceria, karnival ini menampilkan ruang bergambar interaktif lengkap dengan bingkai swafoto gergasi yang dihiasi elemen alat tulis berwarna-warni. Selain menjadi tarikan utama pengunjung, suasana karnival ini turut direka bagi merangsang imaginasi serta kreativiti kanak-kanak.

Bagi memeriahkan lagi acara, Mesra Mall akan menganjurkan siri bengkel kraf DIY keperluan sekolah setiap hari dari jam 2 petang hingga 6 petang. Melalui bengkel ini, kanak-kanak berusia bawah 12 tahun berpeluang menghasilkan pelbagai aksesori sekolah kreatif seperti jadual waktu, bekas alat tulis, hiasan pensel (pencil toppers) dan penanda buku.

Menerusi Program Ganjaran Pembeli, ahli VIKids yang berbelanja minimum RM50 dalam satu resit di mana-mana kedai pakar layak menerima dua tiket masuk percuma ke bengkel kraf tersebut. Selain itu, 300 ahli baharu VIKids terawal yang mendaftar dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit turut akan menerima dua tiket bengkel percuma berserta Beg Hadiah Set Alat Tulis eksklusif

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading