Kuala Lumpur – Musim cuti sekolah ini, Kuala Lumpur akan berubah menjadi taman permainan berskala bandar apabila LEGO MY Play Festival mengambil alih kawasan ikonik KLCC dari 21 Mei hingga 7 Jun 2026. Dengan gabungan binaan imersif, instalasi bersaiz gergasi, zon permainan interaktif, dan LEGO Fun Run pertama seumpamanya di Asia Tenggara, festival ini menandakan sambutan LEGO terbesar di Malaysia setakat ini serta mengajak keluarga dari semua peringkat umur untuk kembali menikmati keseronokan bermain secara hands-on.

Direka sebagai pengalaman permainan interaktif berskala besar untuk kanak-kanak dan orang dewasa, festival ini mencerminkan kepercayaan The LEGO Group terhadap kuasa permainan di luar skrin digital. Dengan aktiviti bermain yang kini semakin tertumpu kepada ruang digital, LEGO MY Play Festival bertujuan menggalakkan keluarga untuk kembali berhubung melalui pengalaman dunia sebenar yang dikongsi bersama. Melalui aktiviti membina secara kolaboratif, penceritaan imaginatif, dan permainan fizikal, festival ini membuka peluang kepada kanak-kanak dan orang dewasa untuk meneroka kreativiti bersama dengan cara yang bermakna dan penuh kenangan.

Taman Permainan Terunggul di Tengah Bandar
Merangkumi beberapa lokasi di sekitar kawasan Suria KLCC, LEGO MY Play Festival menampilkan siri zon permainan interaktif berskala besar yang diinspirasikan daripada dunia fantasi dan mercu tanda ikonik bandar. Pengunjung akan disambut dengan replika latar langit Kuala Lumpur berinspirasikan LEGO yang menakjubkan, dengan binaan utama berskala besar Menara Berkembar PETRONAS sebagai tarikan utama. Ia turut dilengkapi dengan latar belakang memukau yang menampilkan Menara KL, Merdeka 118, dan Dataran Merdeka, bersama gerai makanan LEGO yang diinspirasikan daripada budaya pasar malam tempatan. Antara tarikan utama ialah binaan LEGO 3D pertama seumpamanya yang memaparkan penjual teh tarik sedang “menarik” teh, serta penjual durian dalam bentuk LEGO 3D.

Suria KLCC Atrium Centre Court: Terokai Kuala Lumpur dengan Gaya LEGO
Selain pemandangan latar bandar, ruang Atrium turut mengundang pengunjung menikmati empat pengalaman bertema yang imersif dan interaktif berdasarkan LEGO Friends, LEGO NINJAGO, LEGO Creator dan LEGO City.





Bagi menambahkan lagi kemeriahan pengalaman, acara ini juga akan menampilkan zon khas LEGO Minifigure Converter di Centre Court. Dalam pengalaman eksklusif pertama seumpamanya ini, pengunjung boleh mengambil gambar diri mereka dan menghasilkan minifigure LEGO digital yang diperibadikan lengkap dengan latar visual utama acara. Imej yang terhasil boleh dijadikan cenderamata istimewa untuk dibawa pulang sebagai kenangan pengalaman mereka di festival ini.

Esplanade, KLCC Park: LEGO Play Arena
Peminat bola sepak boleh melangkah masuk ke LEGO Play Arena yang diinspirasikan daripada stadium, terletak di tengah-tengah Esplanade, KLCC Park. Daripada pintu masuk terowong yang dramatik hinggalah kepada pencahayaan stadium yang imersif serta suasana sorakan penonton, pengalaman ini menghidupkan keterujaan hari perlawanan seperti berada di stadium sebenar.
Diinspirasikan oleh kemeriahan global menjelang FIFA World Cup 2026™, pengalaman luar ini menggabungkan semangat peminat bola sepak dengan kreativiti permainan LEGO, menawarkan persekitaran imersif di mana sukan, imaginasi dan hiburan keluarga bergabung dalam suasana yang cukup mengagumkan.

Pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti interaktif termasuk Human Foosball Table serta pelbagai peluang bergambar menarik menampilkan bola sepak LEGO setinggi 15 kaki, pameran trofi FIFA, dan binaan LEGO Minifigure yang diinspirasikan oleh ikon bola sepak dunia seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Kylian Mbappé dan Vini Jr.



Kumpul, Teroka dan Lengkapkan Misi LEGO Anda
Keluarga boleh meningkatkan lagi pengalaman mereka dengan kad misi festival, sambil memulakan pengembaraan penuh keseronokan bersama-sama apabila mereka menyelesaikan cabaran di lima zon sekitar Centre Court dan Esplanade, KLCC Park. Sepanjang perjalanan, mereka boleh mengumpul cop, mengeratkan hubungan melalui aktiviti bermain, dan membuka ganjaran eksklusif sambil meneroka festival ini.




Suria KLCC x LEGO Play Run 2026
Buat pertama kalinya di Asia Tenggara, Suria KLCC x LEGO “Play Run 2026” akan memperkenalkan dimensi baharu permainan aktif bersama keluarga di KLCC Park pada 6 Jun 2026, dengan menggabungkan pergerakan, kreativiti dan penceritaan interaktif dalam pengalaman larian unik yang diinspirasikan oleh LEGO.

Larian mesra keluarga sejauh 2.4KM ini membawa para peserta melalui pengembaraan penuh keceriaan dengan pelbagai halangan serta “play-stop” interaktif yang direka untuk mencetuskan kreativiti, menggalakkan pergerakan aktif dan menghadirkan keseronokan sepanjang perjalanan.
Para peserta boleh menyertai sesi pelepasan fleksibel sepanjang hari dari jam 9 pagi hingga 7 malam. Setiap peserta juga akan menerima kit larian eksklusif bertemakan LEGO yang merangkumi baju-T, beg bertali, botol air, tuala sukan, serta pingat penamat Suria KLCC x LEGO “Play Run 2026” yang unik dan istimewa.


Suria KLCC x LEGO “Play Run 2026” akan diakhiri dengan acara kemuncak yang menampilkan projeksi bertemakan LEGO yang menakjubkan di sisi bangunan Suria KLCC, yang boleh disaksikan orang ramai dari jam 8 malam hingga 10 malam pada 6 dan 7 Jun.
Daripada pemandangan bandar yang imersif dan zon binaan imaginatif hinggalah kepada pengembaraan bertemakan bola sepak serta aktiviti luar mesra keluarga, LEGO MY Play Festival menjanjikan sambutan yang tidak dapat dilupakan penuh dengan kreativiti, hubungan kekeluargaan dan keseronokan bermain. Keluarga, peminat LEGO dan pengunjung dari seluruh rantau dijemput untuk merasai pengalaman festival LEGO terbesar di Malaysia serta mencipta kenangan bersama di tengah-tengah Kuala Lumpur pada musim cuti sekolah ini.
