Galaxy-Watch_Fainting-Prediction_Thumbnail-e1779163072846

Samsung telah mengumumkan satu penemuan terobosan bertaraf dunia yang menunjukkan bahawa jam pintar Samsung Electronics melalui Samsung Galaxy Watch berpotensi untuk meramalkan kejadian pengsan sebelum ia berlaku.

Kajian klinikal bersama Hospital Universiti Chung-Ang Gwangmyeong di Korea Selatan mendapati bahawa data biosignal daripada Galaxy Watch boleh digunakan untuk mengesan risiko pengsan jenis vasovagal beberapa minit lebih awal dengan tahap ketepatan yang tinggi. Teknologi ini menggunakan sensor PPG serta analisis kadar denyutan jantung melalui algoritma kecerdasan buatan (AI), sekali gus membuka peluang kepada sistem amaran awal secara masa nyata untuk pengguna.

Penemuan ini turut menunjukkan keupayaan Galaxy Watch dalam membantu mengurangkan risiko kecederaan akibat jatuh secara tiba-tiba, dengan memberikan amaran awal supaya pengguna boleh mengambil langkah berjaga-jaga seperti duduk atau mendapatkan bantuan.

Samsung menyifatkan pencapaian ini sebagai langkah penting ke arah penjagaan kesihatan yang lebih bersifat pencegahan, berbanding hanya merawat selepas kejadian berlaku. Ia juga dijangka menjadi asas kepada pembangunan ciri kesihatan masa depan dalam peranti boleh pakai mereka.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading