Samsung Malaysia menjemput semua pengguna Galaxy A57 5G dan Galaxy A37 5G sedia ada untuk berkongsi ulasan jujur anda di Samsung Members kerana kalau telefon anda memang best digunakan, apa salahnya biar semua orang tahu?
Sama ada prestasi yang lancar, bateri tahan lama, hasil gambar kamera yang awesome, atau bagaimana Galaxy A anda sentiasa membantu rutin harian anda, pengalaman anda memang layak mendapat perhatian.
Dan ini bahagian paling ngam 300 peserta terpilih terawal akan menerima baucar Shopee bernilai RM50!
Mudah je, kan?
Cara untuk Sertai:
- Miliki atau beli Samsung Galaxy A57 5G atau Galaxy A37 5G
- Tinggalkan ulasan produk di Samsung Members
- Hantar bukti ulasan anda melalui halaman kempen
- Tunggu berita baik peserta yang layak berpeluang menerima baucar Shopee bernilai RM50
Tiada syarat yang rumit.
Tiada langkah yang memeningkan kepala.
Hanya pengguna sebenar berkongsi pengalaman sebenar.
Jadi kalau Galaxy A anda memang ngam dengan gaya hidup anda, inilah masanya untuk hype sikit.
Checkout Shopee anda yang seterusnya mungkin akan berterima kasih nanti.
Harga dan Ketersediaan
Galaxy A57 5G dan Galaxy A37 5G terbaru kini sudah tiba! Galaxy A57 5G ditawarkan dalam warna Awesome Navy, Awesome Gray, dan Awesome Icyblue, manakala Galaxy A37 5G pula hadir dalam warna Awesome Lavender, Awesome Charcoal, dan Awesome Graygreen.
Bagi meneruskan sambutan pelancaran di Malaysia, Samsung menawarkan promosi eksklusif di Samsung Online Store, Samsung Experience Stores, pengedar sah, dan platform e-dagang yang mengambil bahagian:

Promosi Pelancaran Samsung Galaxy A57/A37 5G
Promosi Rebat Pelancaran akan berlangsung dari 25 Mac 2026 hingga 31 Disember 2026, manakala Promosi Rebat Bank/Shopee PayLater akan berlangsung dari 25 Mac 2026 hingga 31 Mei 2026.
