KV_Walk Your Way to 126K Steps and Win RM200 with Samsung Health

Ada dua perkara yang mampu menyatukan orang ramai tidak kira di mana mereka berada keterujaan dalam sukan dan tawaran hebat.

Pada Jun ini, Samsung Malaysia mengajak rakyat Malaysia untuk lebih aktif melalui kempen ‘Step Up Challenge Malaysia’ sempena Hari Larian Sedunia. Berlangsung dari 3 hingga 21 Jun 2026, cabaran ini menggalakkan peserta untuk berjalan, berlari, berjoging atau sekadar kekal aktif sepanjang tempoh kempen dan melengkapkan sejumlah 126,000 langkah.

Lengkapkan cabaran ini dan anda berpeluang menerima baucar bernilai RM200 yang boleh ditebus dalam ekosistem Samsung sama ada untuk menaik taraf peranti anda kepada Galaxy Ring atau mungkin juga mendapatkan Samsung Galaxy Watch yang baharu.

Rasa 126,000 langkah itu mudah? Hanya ada satu cara untuk mengetahuinya. Cabar diri anda dan melangkah bersama kami pada Jun ini.

Cara untuk Menyertai

  1. Pastikan aplikasi Samsung Health telah dipasang dan anda telah log masuk ke Akaun Samsung anda.
  2. Buka aplikasi Samsung Health dan sertai Step Up Challenge Malaysia melalui:
    • Tekan 3 titik (bahagian kanan atas) → “Promotions” → pilih banner kempen, atau
    • Tekan kad kempen di halaman utama → “Join now”
  3. Lengkapkan 126,000 langkah sepanjang tempoh pertandingan.
  4. Langkah anda akan direkodkan dalam aplikasi Samsung Health di bahagian “Together”, dan peserta yang berjaya akan diiktiraf sebagai “Finisher”.

Cara Menebus Baucar Anda

  1. Setelah anda menjadi “Finisher”, buka aplikasi Samsung Health → tekan 3 titik (bahagian kanan atas).
  2. Pergi ke “Promotions” → terus ke halaman “Activities” untuk menuntut Hadiah Finisher RM200 melalui aplikasi Samsung Members.
  3. Tebus baucar anda dalam tempoh penebusan (3 Jun – 21 Julai 2026).
  4. Gunakan baucar anda:
    • Dalam talian: Gunakan baucar semasa pembayaran di kedai yang mengambil bahagian
    • Di kedai fizikal: Tunjukkan kod baucar dalam aplikasi Samsung Members kepada juruwang
    • Penebusan baucar RM200 adalah terhad kepada pembelian maksimum dua (2) unit model yang mengambil bahagian, dengan satu (1) unit dibeli secara dalam talian dan satu (1) unit dibeli di kedai fizikal.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading