KUALA LUMPUR – Jenama perkakas rumah tempatan, PerySmith, terus memperkukuh kedudukannya dalam pasaran apabila memperkenalkan rangkaian produk pintar terbaharu yang direka untuk menjadikan rutin harian lebih mudah, pantas dan efisien.
Menerusi pameran eksklusif “Engineered by Air”, syarikat itu melancarkan pelbagai inovasi merangkumi penyelesaian kebersihan rumah, penjagaan kualiti udara, peralatan dapur serta penjagaan pakaian yang memenuhi gaya hidup moden.
Antara produk yang mencuri perhatian ialah PerySmith AirStick Pro, vakum tiub ultra-padat pertama daripada jenama tempatan di Malaysia. Dengan berat hanya 900 gram, ia menawarkan pengalaman pembersihan yang lebih selesa tanpa menjejaskan prestasi.

Dilengkapi Nano Brushless Motor dengan kuasa sedutan sehingga 100AW, AirStick Pro turut menampilkan berus anti-kusut, aksesori mop untuk kerja menyedut dan mengemop secara serentak serta bekas habuk yang boleh dikosongkan hanya dengan satu klik.
Bagi mereka yang mahukan pembersihan automatik, PerySmith EvoBot A11 Robot Vacuum hadir dengan sistem pembersihan pintar 3-dalam-1 yang mampu menyapu, menyedut dan mengemop dalam satu laluan.
Robot vakum itu menggunakan teknologi AI TrueSight dan Gyro Quick Mapping untuk navigasi lebih tepat, selain menawarkan kuasa sedutan sehingga 10,000Pa dan ketahanan bateri sehingga 160 minit. Semua fungsi turut boleh dikawal menerusi aplikasi PerySmith App.

Dalam kategori peralatan dapur pula, PerySmith Ai23 Smart Steam Oven 3-dalam-1 menggabungkan fungsi membakar, mengukus dan air-fry dalam satu peranti.
Ia dilengkapi teknologi AI 3D Airflow untuk memastikan haba diagihkan secara sekata, selain menawarkan 50 menu pintar, fungsi pembersihan automatik menggunakan wap suhu tinggi serta pintu kaca tiga lapisan yang membantu menjimatkan penggunaan tenaga.
PerySmith turut memperkenalkan SteamPro G7 All-in-One, sistem seterika lengkap yang menggabungkan seterika dan papan seterika dalam satu unit.
Peralatan itu menggunakan teknologi iPro Sense Anti-Burn yang membantu melindungi fabrik daripada kesan terbakar, selain menghasilkan wap bertekanan tinggi 8-bar bagi melicinkan kedutan dengan lebih pantas serta menghapuskan sehingga 99.9 peratus kuman.
Bagi memastikan udara di dalam rumah sentiasa bersih, PerySmith Ai13 Elite Smart WiFi Air Purifier pula menawarkan pemantauan kualiti udara secara masa nyata melalui aplikasi.

Peranti itu mampu meliputi ruang sehingga 1,600 kaki persegi dan dilengkapi tiga pilihan penapis H13 bertaraf perubatan yang direka untuk menyingkirkan habuk halus, asap, bau, virus serta bakteria.
Menurut PerySmith, semua inovasi ini dibangunkan sebagai sebahagian daripada ekosistem rumah pintar syarikat yang menghubungkan pelbagai peralatan menerusi satu aplikasi.
Melalui platform tersebut, pengguna boleh menjadualkan operasi robot vakum, memantau kualiti udara, selain mengawal peralatan elektrik lain menggunakan plag pintar ZOE+, sekali gus menawarkan pengalaman rumah pintar yang lebih praktikal dan menyeluruh.
